x LAPORAN TAHUNAN 2019 dengan pihak berkuasa agama negeri, dan Kementerian Pendidikan dalam memperkenalkan pendidikan hak asasi manusia di sekolah serta nasihat mengenai dasar/undang-undang yang berkaitan dengan isu pelarian. Menteri juga mengulas mengenai Inkuiri Awam Kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat terutama mengenai dapatan inkuiri yang mana akan mendorong Malaysia ke arah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang dari Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED). Beliau turut membangkitkan isu berkaitan hak kanak-kanak, termasuk perkahwinan kanak-kanak, penderaan dan eksploitasi seksual yang memberikan kesan terhadap akses pendidikan, kesihatan, kesaksamaan dan tiada diskriminasi. Beberapa isu lain dalam Laporan Tahunan SUHAKAM 2018 yang dibangkitkan oleh ahli parlimen seperti hak kanak-kanak, wanita, kesaksamaan dan tiada diskriminasi, kemiskinan, kerakyatan, pelarian dan pencari suaka, orang kurang upaya, pekerja, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), mangsa pemerdagangan manusia, Orang Asli/Asal dan hak tanah, mangsa kehilangan paksa, undangundang keselamatan, penglibatan SUHAKAM dalam pembaharuan dan nasihat undang-undang serta pengukuhan SUHAKAM bagi mematuhi sepenuhnya Prinsip Paris. Kebanyakan ahli parlimen turut menyokong dan mempercayai bahawa SUHAKAM seharusnya mendapat sokongan penuh, dibiayai dan diperkasakan secara efektif bagi membolehkan ia memenuhi peranannya sebagai sebuah institusi hak asasi manusia kebangsaan. “ SUHAKAM terus memainkan peranannya sebagai hos kepada kontinjen Suruhanjaya Serantau Hak Asasi Manusia Bangsamoro Wilayah Autonomi Filipina, yang menyatakan minat mereka dalam menjadikan struktur kerja SUHAKAM sebagai contoh. Semestinya perkembangan ini membanggakan sekaligus menunjukkan bahawa SUHAKAM merupakan institusi yang dihormati di peringkat antarabangsa serta boleh dijadikan model untuk diteladani ”

Select target paragraph3