Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
Perbincangan panel ini memberikan peluang kepada ahli panel dan peserta daripada agama
yang berbeza untuk berkongsi pendapat mereka mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh
Malaysia dalam memelihara keharmonian negara di kalangan komunitinya yang majmuk dari
segi bangsa, budaya dan agama.
YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan menyampaikan ucapan perasmiannya semasa
Pelancaran Minggu Hak Asasi Manusia 2014
Sebagai salah satu daripada aktiviti Minggu Hak Asasi Manusia, Suruhanjaya telah bekerjasama
dengan Universiti Selangor dan Serdang Royals Debate Club untuk menganjurkan Kejohanan
Debat Hak Asasi Manusia dari 6-9 Disember, dengan tujuan menggalakkan pemahaman yang
lebih tinggi di kalangan pelajar universiti, melalui wacana kritikal, mengenai kepentingan hak
asasi manusia dan juga isu-isu semasa di peringkat tempatan dan global yang berkaitan hak
asasi manusia.
20 pasukan daripada 10 institusi pendidikan tempatan bersaing dalam kejohanan tersebut.
Peringkat akhir kejohanan debat tersebut yang dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya,
Tan Sri Hasmy Agam, telah menarik 100 orang penonton termasuk wakil daripada agensi
Kerajaan, universiti tempatan dan media. Johan adalah pasukan dari UiTM yang diwakili oleh
Rafiq Saladdin dan Muqriz Mustaffa Kamal. Rafiq Saladdin juga telah memenangi Anugerah
Pendebat Terbaik. Finalis yang lain adalah Sarah Choong Ee Mei dan Patrick Cheang Zhi Chian
dari Universiti Malaya (UM), serta Terence Aaron dan Muayyad Khairulmaini, Izzat Arif Abd Jamil
dan Syed Afiq Syed Albakri dari UiTM.
Pengerusi Tan Sri Hasmy Agam dan tetamu kehormat Dato’ Saifuddin Abdullah bersama para
pemenang Peringkat Akhir Pertandingan Debat Hak Asasi Manusia
33