Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
Antara isu utama yang dibincangkan adalah berkenaan kematian dalam tahanan polis,
tangkapan dan penahanan oleh pihak berkuasa, hasil dapatan Suruhanjaya berdasarkan
lawatan berkala ke pusat tahanan, kebajikan kanak-kanak di pusat tahanan, pemerdagangan
orang, pemantauan perhimpunan awam, inkuiri awam Suruhanjaya berkenaan insiden
BERSIH, hak asasi manusia dan perniagaan, pelaksanaan Malaysia terhadap obligasi di bawah
Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)
dan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), penyertaan terhadap triti teras hak asasi
manusia, kajian semula undang-undang, Penilaian Penggalan Sejagat (UPR), Pelan Tindakan
Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP), cadangan pindaan Akta SUHAKAM, jemputan kepada
Pelapor Khas PBB, resolusi mengenai NHRI, Forum Komanwel Institusi Hak Asasi Manusia
Nasional (CFNHRI) dan Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia
(AICHR).
Sesi kedua pula dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada wakil KPM, Jabatan Agama
Islam Negeri Pahang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam
Negeri Perak dan Kementerian Sumber Manusia. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan
Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI).
Sementara menunggu perbahasan penuh di Parlimen mengenai Laporan Tahunannya,
Suruhanjaya menganggap sesi dialog sebegini satu pendekatan yang berguna untuk
menumpukan perhatian Kerajaan kepada isu dan cadangan utama yang dibangkitkan dalam
Laporan Tahunan tersebut.
2. ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2014
Pada 9 September, sempena memperingati tahun keempat belas penubuhannya, Suruhanjaya
telah mengadakan satu majlis untuk memberi penghormatan kepada lapan pemenang
Anugerah Hak Asasi Manusia 2014 atas sumbangan cemerlang mereka dalam pelbagai bidang
hak asasi manusia di Malaysia.
(a) Pencalonan
Suruhanjaya menerima sejumlah 32 pencalonan untuk lima kategori:
30
•
Anugerah Individu diberikan kepada individu (berumur di atas 21 tahun) dan remaja
(berumur sehingga 21 tahun) yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam
mempromosi hak asasi manusia dalam komuniti, atas dasar bukan untuk keuntungan.
•
Anugerah Organisasi/Kumpulan diberikan kepada organisasi bukan berasaskan
keuntungan yang berdaftar dan kumpulan advokasi tidak berdaftar yang telah
menunjukkan pencapaian cemerlang dalam mempromosi hak asasi manusia dalam
komuniti, atas dasar bukan untuk keuntungan.
•
Anugerah Media diberikan kepada tiga individu dan/atau agensi dari media cetak, dalam