Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam pelajaran mereka. Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa pelaksanaan sesuatu kurikulum memerlukan persediaan sepenuhnya guru-guru yang akan mengajar kurikulum tersebut. Suruhanjaya mengambil maklum akan jawapan pihak Kerajaan kepada Laporan Tahunan Suruhanjaya 2013, yang menyatakan bahawa SAR yang berdaftar di bawah KPM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menerima bantuan dana daripada Kerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat SAR yang memilih untuk tidak mendaftar kerana mereka bimbang pihak Kerajaan akan campur tangan dalam dasar dan pentadbiran harian mereka. Suruhanjaya berpandangan yang segala bentuk bantuan seperti saluran dana dan latihan kepada guru harus juga dipanjangkan kepada SAR yang tidak berdaftar dengan KPM atau JAIN atas dasar hak kesamarataan. Polisi untuk mengecualikan SAR tidak berdaftar dari menerima bantuan Kerajaan akan menjejaskan mutu pendidikan, peluang dan keselamatan murid yang belajar di SAR. (e) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Suruhanjaya telah melawat tiga buah sekolah iaitu SJKT Pulau Carey Selatan, SJKT Pulau Carey Timur dan SJKT Sepang pada tahun ini sebagai susulan kepada isu yang dilaporkan dua tahun lepas. Berbanding lawatan sebelumnya, Suruhanjaya mendapati bahawa hampir kesemua guru yang mengajar sekarang adalah guru terlatih dan berkelayakan. Suruhanjaya mendapati bahawa di SJKT Pulau Carey Selatan dan SJKT Pulau Carey Timur, kemudahan di kedua-dua sekolah telah dipertingkatkan. Mereka mempunyai kemudahan yang lebih baik dan berfungsi untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran. SJKT Pulau Carey Selatan kini disediakan dengan air paip bersih berbanding dengan air perigi yang tidak dirawat dua tahun yang lalu. Semasa lawatan, diperhatikan SJKT Pulau Carey Selatan mengalami masalah anai-anai, yang menyerang bilik darjah bersebelahan dengan pejabat sekolah. Pihak sekolah telah berkali-kali menulis surat aduan kepada jabatan yang bertanggungjawab tetapi sehingga kini mereka masih menunggu untuk masalah tersebut diselesaikan. (f) Institut Pengajian Tinggi (IPT) Beberapa siri ceramah dan bengkel hak asasi manusia yang menyasarkan para pelajar IPT telah dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang isu hak asasi manusia dan perkaitannya dengan pelajar, serta untuk menyediakan ruang untuk pelajar berbincang mengenai isu hak asasi manusia. Para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada isu berkenaan hak asasi manusia, malah digalakkan untuk mengemukakan pandangan mereka tentang bagaimana situasi boleh diperbaiki atau masalah dapat diselesaikan. Antara program yang telah diadakan pada tahun 2014 adalah: 26 i. Ceramah berkenaan ’Hak Pekerja’ bersempena Program Pro-Citra Kumpulan 2, khusus bagi pelajar tahun akhir Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan pada 15 Mac. Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). ii. Ceramah hak asasi manusia untuk pelajar Fakulti Undang-Undang UKM, khususnya

Select target paragraph3