Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
I.
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN PROMOSI
“Mengapa orang-orang itu rasa mereka
mesti bunuh Malala?” Jawab saya, “Kerana
pendidikan adalah sesuatu yang berkuasa.”
Angelina Jolie
Pelakon, Duta Khas UNHCR
Usaha untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran mengenai hak asasi
manusia terus menjadi salah satu keutamaan Suruhanjaya. Sepanjang tahun 2014,
Bahagian Pendidikan dan Promosi telah menganjur dan menjalankan pelbagai
program dengan agensi Kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, badan korporat
dan masyarakat sivil.
1. PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA
(a) Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia Di Sekolah (ATHAM)
Program ATHAM direka untuk menerapkan nilai dan prinsip hak asasi manusia ke dalam
sistem sekolah itu sendiri. Tujuan utama program ini adalah untuk membentuk dan memupuk
persekitaran di mana hak asasi manusia bukan sahaja diajar dan dipelajari, tetapi diamalkan,
dihormati dan didorong oleh pelajar, guru dan pentadbir. Kejayaan sekolah perintis dalam
menjalankan program ini telah meyakinkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
memperluaskan program ini ke 138 buah sekolah aliran perdana dan 93 buah sekolah Orang
Asli pada tahun 2014.
Suruhanjaya juga telah memilih sebilangan guru untuk menjadi jurulatih dan bagi tujuan itu,
pengetahuan telah disampaikan kepada mereka melalui latihan intensif. Sebagai sebahagian
daripada rancangan untuk memindahkan pemilikan dan tanggungjawab kepada KPM,
Suruhanjaya telah melatih 10 orang guru sebagai Jurulatih Utama untuk program ini. Kebanyakan
daripada mereka adalah Jurulatih Utama Kaunselor Negeri dan dengan kemahiran yang ada,
mereka telah membantu Suruhanjaya untuk merapatkan jurang objektif antara Suruhanjaya
dan KPM dalam melaksanakan program ini. Kini, program ini telah disesuaikan dengan
keperluan KPM. Pendekatan ini lebih konstruktif kerana para penyelaras di peringkat sekolah
berpeluang belajar daripada pengalaman langsung para jurulatih yang juga merupakan guruguru yang telah berjaya melaksanakan program ATHAM di sekolah masing-masing. Program
ini telah membolehkan Suruhanjaya menyebarkan pengetahuan mengenai hak asasi manusia
20