Isu-Isu Utama Banyak kempen telah dijalankan oleh pertubuhan masyarakat sivil di seluruh dunia untuk memastikan tiada pelanggaran hak asasi manusia oleh sektor perniagaan. Pihak PBB dan beberapa badan antarabangsa telah merangka pelbagai garis panduan yang berasaskan piawaian hak asasi manusia untuk entiti perniagaan. Pada masa sekarang, terdapat peningkatan di kalangan entiti perniagaan yang mengambil kira hak asasi manusia semasa membuat keputusan berkaitan dengan perniagaan. Syarikat perniagaan yang terkemuka juga telah menjalankan perancangan dan menggunakan mekanisme antarabangsa untuk menangani kesan perniagaan mereka terhadap hak asasi manusia, sebagai contoh untuk menambahbaik kondisi tempat kerja, menghapuskan diskriminasi, menghentikan penggunaan buruh kanak-kanak dan lain-lain. Dengan menyerapkan aspek hak asasi manusia ke dalam aktiviti perniagaan mereka, syarikat dan entiti perniagaan dapat melindungi reputasi dan imej serta meningkatkan produktiviti. Berpandukan kepada keberkesanan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia dan Perniagaan Nasional tersebut, pada tahun 2014, Suruhanjaya dan United Nations Country Team (UNCT) di Malaysia telah bekerjasama di dalam satu projek berkenaan ‘Promoting Business and Human Rights in Malaysia for Business Success and Inclusive Growth’ dengan tujuan untuk merumus satu pelan tindakan Hak Asasi Manusia dan Perniagaan untuk Malaysia Suruhanjaya mengambil maklum bahawa di beberapa negara di dunia, pihak Kerajaan seperti di United Kingdom, Denmark dan Belanda, telah memperkenalkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia dan Perniagaan Nasional yang memasukkan prinsip UNGP. Berpandukan kepada keberkesanan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia dan Perniagaan Nasional tersebut, pada tahun 2014, Suruhanjaya dan United Nations Country Team (UNCT) di Malaysia telah bekerjasama di dalam satu projek berkenaan ‘Promoting Business and Human Rights in Malaysia for Business Success and Inclusive Growth’ dengan tujuan untuk merumus satu pelan tindakan Hak Asasi Manusia dan Perniagaan untuk Malaysia melalui penerimapakaian UNGP oleh Kerajaan dan pihakpihak yang terbabit. Projek ini dibiayai oleh FCO dimulakan pada Julai 2014 dan dijangka akan tamat pada Mac 2015. Untuk mendapatkan maklumat di dalam merangka pelan tindakan tersebut, Suruhanjaya telah merancang beberapa aktiviti utama bagi mendapatkan input dan maklumat terkini berkenaan perniagaan dan hak asasi manusia. Aktiviti ini termasuklah temuduga dan sesi konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti GLC, badan perundangan, badan penguatkuasa, agensi kerajaan yang berkaitan, dan juga NGO. Pelan tindakan bagi Hak Asasi Manusia dan Perniagaan ini dijadualkan siap pada tahun 2015. 8. PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) Pada Oktober 2013, Malaysia telah menjalani penilaian kedua di bawah proses UPR dan telah menerima sejumlah 232 syor daripada 104 Negara Ahli. Daripada jumlah 232 syor itu, 13

Select target paragraph3