Isu-Isu Utama
bersama orang dewasa di dalam sel yang sama. Ini bukan sahaja bertentangan dengan prinsip
penahanan berasingan tetapi juga mendedahkan kanak-kanak ini kepada risiko penderaan dan
penganiayaan.
Oleh itu, Suruhanjaya melihat keperluan untuk menyokong Kerajaan dalam mengenalpasti dan
sekiranya perlu, membangunkan mekanisme untuk memastikan bantuan dan perlindungan
yang berkesan diberikan secara sistematik, menyeluruh dan bersepadu bertepatan dengan
prinsip ‘kepentingan terbaik kanak-kanak’.
Suruhanjaya dan beberapa pertubuhan masyarakat sivil, di dalam usaha untuk menangani isu
ini, sedang mengkaji kaedah lain sebagai alternatif kepada penahanan imigresen terhadap
kanak-kanak dan juga melihat kepada amalan terbaik beberapa negara lain.
Pada tahun 2014, Suruhanjaya telah membentangkan cadangan kepada Menteri Dalam
Negeri yang telah menyokong inisiatif ini dan Suruhanjaya telah diminta untuk bekerjasama
dengan Jabatan Imigresen. Lanjutan daripada ini, satu kumpulan kerja telah ditubuhkan untuk
menjalankan kajian dan membuat pengesyoran berkenaan model alternatif kepada penahanan
imigresen. Ahli kumpulan kerja ini terdiri daripada Jabatan Imigresen, Suruhanjaya, Jabatan
Peguam Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan masyarakat sivil seperti
SUKA Society, Yayasan Chow Kit dan International Detention Coalition. Kumpulan kerja ini telah
bersetuju untuk melancarkan projek perintis yang mana kanak-kanak tanpa penjaga akan
menjadi tumpuan utama projek ini.
7. HAK ASASI MANUSIA DAN PERNIAGAAN
Pada tahun 2011, Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah menerima pakai Prinsip-Prinsip Panduan
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan (UNGP). Prinsip
ini menggariskan tugas dan tanggungjawab Kerajaan dan perniagaan dalam melindungi,
mempromosi dan menghormati hak asasi manusia. Melalui Prinsip ini, syarikat di seluruh
dunia telah diberikan mandat untuk menunjukkan bahawa mereka akan menghormati hak
asasi manusia melalui operasi atau perhubungan perniagaan mereka.
Walaupun Kerajaan memegang tanggungjawab utama untuk memastikan promosi dan
perlindungan hak asasi manusia, syarikat sebagai organ masyarakat mempunyai tugas untuk
mempromosi dan menjaga hak asasi sepertimana yang telah digariskan di dalam Pengisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Pada masa kini, perniagaan tidak akan berjaya menangani
isu risiko kepada hak asasi manusia tanpa kerjasama daripada Kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Aktiviti perniagaan memberikan impak kepada kehidupan dan hak asasi manusia. Sebagai
contoh, aktiviti yang dilakukan oleh syarikat perladangan mungkin akan memberi kesan yang
menyeluruh terhadap alam sekitar dan hak asasi manusia Orang Asal yang tinggal di kawasan
tersebut. Terdapat banyak contoh perniagaan yang telah mencapai kejayaan melalui hak asasi
manusia, tetapi bagaimanakah situasi ‘menang-menang’ ini dapat dicapai?
12