Isu-Isu Utama ISU-ISU UTAMA 1. LAPORAN INKUIRI NASIONAL MENGENAI HAK TANAH ORANG ASAL/ASLI (LAPORAN NI) Tahun ini, Suruhanjaya terus giat mengadakan tindakan susulan dengan pihak berkuasa yang berkaitan berhubung perkembangan Pasukan Petugas Khas, yang ditubuhkan pada Ogos 2013. Suruhanjaya telah menunda aktiviti susulannya untuk membolehkan Pasukan Petugas Khas tersebut untuk berbincang dan merangka strategi dalam merumus satu pelan untuk melaksanakan secara efektif semua syor-syor di dalam Laporan NI demi kepentingan orang Asal. Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa Laporan Pasukan Petugas ini telah dikemukakan kepada Menteri pada 10 September tetapi malangnya, sehingga akhir tahun 2014, Suruhanjaya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai laporan tersebut. Suruhanjaya berharap agar Laporan Pasukan Petugas Khas ini akan menerima dan mengesyorkan pelaksanaan sebanyak mungkin, jika tidak kesemuanya, cadangan dan syor-syor di dalam Laporan NI sepertimana yang diperlukan demi kebaikan Orang Asal Malaysia. 2. PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA NASIONAL (NHRAP) Suruhanjaya mengalu-alukan keputusan Kerajaan untuk membangunkan NHRAP yang pertama. Sejak pengumuman pada 2010, Suruhanjaya konsisten dalam menyokong dan menggesa agar pembangunannya dipercepatkan. Pada 2014, Suruhanjaya telah mengemukakan kertas pandangan kepada YB Puan Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas NHRAP. Pengumuman pada 2010, Suruhanjaya konsisten dalam menyokong dan menggesa agar pembangunannya dipercepatkan. Pada 2014, Suruhanjaya telah mengemukakan kertas pandangan kepada YB Puan Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas NHRAP. Kebimbangan utama yang dibangkitkan oleh Suruhanjaya kepada Kerajaan adalah berkenaan lima teras utama NHRAP, iaitu hak sivil dan politik; hak ekonomi, sosial dan kebudayaan; hak golongan rentan; hak Orang Asal; dan obligasi antarabangsa, yang mana skopnya terlalu luas, dan seterusnya boleh menjadi satu cabaran kepada Malaysia dalam mencapai kesemua lima Teras mengikut tarikh sasaran. Oleh itu, dalam membangunkan objektif dan strategi bagi setiap Teras, terdapat keperluan untuk memastikan bahawa kesemuanya adalah realistik, praktikal dan boleh dicapai. Di samping itu, Kerajaan juga perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: 8

Select target paragraph3