Perutusan Pengerusi
rundingan dan juga penyerahan satu kertas pandangan yang mengetengahkan isu dan syor
Suruhanjaya kepada YB Puan Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seperti yang telah acapkali dibangkitkan sebelum ini, Suruhanjaya berpendapat bahawa
adalah penting bagi Kerajaan untuk menyelesaikan isu mengenai hak tanah Orang Asal di
negara kita. Suruhanjaya mengambil maklum bahawa Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan
oleh Kerajaan untuk mengkaji Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/
Asli (Laporan NI) telah mengemukakan laporannya kepada Menteri pada 10 September 2014.
Sementara menantikan perkembangan lanjut perkara ini, Suruhanjaya mengulangi seruannya
agar Kerajaan mengendalikan perkara ini dengan segera dan memastikan pelaksanaan awal
dan efektif bagi syor-syor yang terkandung dalam Laporan NI Suruhanjaya demi memperbaiki
nasib Orang Asal yang menaruh harapan dan ekspektasi tinggi terhadap hasil Inkuiri Nasional.
Sejak 13 tahun yang lalu, Suruhanjaya tidak pernah gagal mengemukakan Laporan Tahunannya
kepada Parlimen seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Walau bagaimanapun, tiada satu pun daripada laporan
tersebut pernah dibahaskan di Parlimen. Laporan Tahunan Suruhanjaya merupakan satu
dokumen penting yang mencerminkan realiti situasi hak asasi manusia di lapangan. Sekiranya
Laporan ini langsung tidak dibahaskan, Parlimen akan gagal dalam menangani isu-isu penting
yang diketengahkan oleh Suruhanjaya dalam Laporan Tahunannya dalam memenuhi mandat
dan misi memperbaiki keadaan hak asasi manusia di negara ini.
Dalam memenuhi cabaran dan pencapaian utama Suruhanjaya ini, saya ingin mengiktiraf
sumbangan yang besar dan berterusan oleh rakan-rakan Pesuruhjaya saya, dan juga
Setiausaha dan kakitangan Suruhanjaya yang telah menunjukkan iltizam dan semangat
bersungguh-sungguh mereka terhadap perjuangan hak asasi manusia. Adalah merupakan
satu penghormatan bagi saya untuk bekerja dengan mereka untuk penggal yang kedua. Dan
saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka atas usaha gigih dan sokongan yang
diberikan kepada Suruhanjaya selama ini. Saya amat berterima kasih kepada Naib-Pengerusi
Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhjaya Prof Dato’ Dr Aishah Bidin atas sumbangan dan
bimbingan mereka dalam memandu Jawatankuasa Laporan Tahunan Suruhanjaya dan dalam
memastikan penyiapan Laporan ini menepati waktu.
Saya menyambut tahun akan datang dengan harapan untuk melihat negara ini berkembang
lebih cepat dalam bidang hak asasi manusia, selaras dengan kedudukan dan tanggungjawab
baru negara dalam Majlis Keselamatan PBB dan sebagai Pengerusi ASEAN, yang mana di
bawah pengawasannya, ASEAN dijangka akan berkembang sepenuhnya menjadi Komuniti
Negara-negara Asia Tenggara.
TAN SRI HASMY AGAM
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
4