Bab 1 - Laporan Kumpulan Pendidikan dan Perhubungan Awam (b) Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM) Suruhanjaya dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meneruskan program ATHAM, yang dimulakan pada Jun 2009 untuk memupuk kesedaran dan amalan hak asasi manusia di 17 buah sekolah yang terlibat setakat ini. Suruhanjaya telah melawat sekolahsekolah ini sebanyak dua kali untuk memantau perkembangan, serta memberi bimbingan dan nasihat mengenai pelaksanaan sekiranya perlu. Dua bengkel telah dianjurkan pada 23 hingga 25 ​​April dan 9 hingga 11 Julai untuk membantu pelaksanaan program ini. Suruhanjaya berpendapat bahawa sekolah-sekolah seperti SMK Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur; SMK Ulu Kinta, SK Kg Kenang dan SK Kg Ulu Geruntum di Perak; SMK Sultan Ahmad Shah, SK Penderas dan SJKC Sin Ming di Pahang; SMK Datuk Mansur di Negeri Sembilan; SJKT Thiruvalluvar di Alor Setar; dan SJKT Sepang dan SJKC Sin Ming di Selangor telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu masih memerlukan perhatian iaitu: (i) Bagi menjadikan hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada budaya sekolah, kerjasama pihak sekolah terutamanya daripada guru, yang tidak terlibat secara langsung dalam program ini adalah diperlukan. (ii) Guru perlu mempunyai kemampuan untuk menyebarkan pengetahuan mengenai hak asasi manusia dan hak kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran, serta aktivitiaktiviti lain di sekolah. (iii) Pertukaran pegawai pengurusan tertinggi di sekolah, Pejabat Daerah atau Ketua Bahagian di KPM dan keciciran maklumat atau perubahan dasar boleh menjejaskan kesinambungan atau keberkesanan program. (iv) Ketiadaan bahan-bahan mengenai hak asasi manusia dan konvensyen antarabangsa dalam bahasa Tamil dan Cina, serta kesukaran pihak sekolah untuk mendapatkan bahan ATHAM. (v) Di sesetengah sekolah, program ATHAM dianggap sebagai menambah beban kerja guru kerana kurang pemahaman atau maklumat. (vi) Sesetengah pentadbir mempunyai anggapan bahawa pendidikan hak asasi manusia dan pengetahuan tentang hak kanak-kanak bertentangan dengan peraturan dan undangundang sekolah, dan bimbang pelaksanaan ATHAM boleh mengganggu pengurusan, serta menimbulkan isu-isu yang berkaitan dengan disiplin apabila murid-murid mula menuntut hak masing-masing. 29

Select target paragraph3