Isu-Isu Utama Selepas Perbincangan Meja Bulat mengenai CAT yang telah diadakan pada tahun 2011, Suruhanjaya telah menghantar laporan yang mengandungi syor-syor yang tegas kepada Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan dengan harapan dapat mempergiatkan lagi sokongan untuk menyertai triti tersebut. Suruhanjaya berpendapat bahawa Malaysia seharusnya sudah bersedia mengambil langkah-langkah aktif untuk menyertai CAT, berikutan jaminan yang dibuat semasa sesi UPR pada tahun 2009. Undang-undang, dasar dan amalan yang tidak mematuhi triti itu tidak harus dilihat sebagai halangan dari segi penyertaan, sebaliknya, CAT harus digunakan sebagai asas untuk penambahbaikkan secara beransur-ansur. Pendekatan yang sama perlu digunakan bagi triti hak asasi manusia yang lain. 13. PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA NASIONAL (NHRAP) Suruhanjaya menghargai usaha Kerajaan, melalui agensi fokal, Bahagian Hal Ehwal UndangUndang, Jabatan Perdana Menteri, dalam melibatkan Suruhanjaya dan organisasi-organisasi masyarakat sivil di peringkat persediaan untuk mendapatkan maklum balas mengenai pembangunan NHRAP. Di samping itu, Suruhanjaya memuji penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan NHRAP, di mana Suruhanjaya dikenal pasti telah sebagai ahli, dan berharap dapat menyumbang idea dan nasihat bagi membangunkan NHRAP yang berwawasan lagi praktikal. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya berasa bimbang tentang perkembangan yang kurang memberangsangkan dan berharap agar Kerajaan dapat memastikan penyiapan NHRAP menjadi keutamaan. Suruhanjaya berharap bahawa Kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk menggabungkan syor-syor daripada UPR dan sesi-sesi badan triti mengenai Malaysia dalam NHRAP. 14. JAWATANKUASA PEMILIH PARLIMEN MENGENAI HAK ASASI MANUSIA Suruhanjaya, sepertimana yang dikehendaki oleh Seksyen 21(1) Akta penubuhannya, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, telah mengemukakan Laporan Tahunannya kepada Parlimen pada setiap persidangan pertama sejak penubuhannya, namun tidak ada satu daripada laporan tersebut yang dibahaskan. Walau bagaimanapun, pengumuman barubaru ini mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilih Tetap Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia (PSC) amat dialu-alukan oleh Suruhanjaya dan dilihat sebagai langkah positif ke arah memperbaiki keadaan hak asasi manusia. PSC akan menyediakan suatu forum penting bagi Ahli Parlimen untuk membincangkan hasil dapatan Laporan Tahunan Suruhanjaya bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan dan mempertimbangkan syor-syor yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya akan terus menggesa Kerajaan untuk membentang dan membahaskan Laporan Tahunannya di Parlimen, selaras dengan amalan yang lakukan di kebanyakan negara yang mempunyai NHRI. 25

Select target paragraph3