Isu-Isu Utama Suruhanjaya kemudian bertemu dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyatakan kebimbangan dan isu-isu berbangkit. Suruhanjaya terus menyuarakan kebimbangannya mengenai kesan kemungkinan FTA dan TPPA terhadap hak asasi manusia dan obligasi Malaysia di bawah pelbagai triti hak asasi manusia. Ia memohon MITI untuk menjalankan kajian impak penilaian hak asasi manusia. Suruhanjaya juga meminta agar rundingan mengenai FTA dan TPPA lebih bersifat telus supaya pengguna dimaklumkan secara tepat mengenai isu-isu dan akibat Perjanjian ini terhadap hak mereka. Ia turut mencadangkan bahawa teks dan semua dokumen yang berkaitan dengan rundingan FTA dan TPPA, serta laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) yang berkaitan, didedahkan untuk penelitian umum di Malaysia 9. PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) Sementara menanti penilaian semula prestasi Malaysia di bawah Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) yang dijadual diadakan di sesi ke-17 UPR dari Oktober hingga November 2013, Suruhanjaya telah mengadakan satu siri konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan dan organisasi masyarakat sivil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi menilai pelaksanaan komitmen di bawah kitaran UPR yang pertama serta untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi dan perkara-perkara yang boleh ditambahbaik untuk kitaran kedua. Suruhanjaya dengan tegas berpandangan bahawa Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dalam mekanisme UPR dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu secara langsung dan aktif dalam melaksanakan syor-syor UPR yang telah diterima oleh Malaysia. Suruhanjaya bimbang kebanyakan peserta pada sesi konsultasi yang diadakan di luar Kuala Lumpur mempunyai tahap kesedaran dan kefahaman yang terhad mengenai UPR. Suruhanjaya turut berasa kecewa dengan Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara, yang mana kedua-duanya mempunyai peranan utama dalam proses UPR, tidak memberi jawapan kepada jemputannya atau menghantar wakil mereka untuk menghadiri konsultasi. Suruhanjaya dengan tegas berpandangan bahawa Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dalam mekanisme UPR dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu secara langsung dan aktif dalam melaksanakan syor-syor UPR yang telah diterima oleh Malaysia. Suruhanjaya akan memantau pelaksanaan syor-syor UPR oleh agensi-agensi kerajaan dan juga akan mempergiatkan usaha untuk menggalakkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mekanisme ini dalam meningkatkan standard hak asasi manusia nasional. 23

Select target paragraph3