Isu-Isu Utama
(b) Kematian dalam tahanan
Pasukan polis telah memberi maklum balas kepada permintaan Suruhanjaya supaya
dimaklumkan mengenai sebarang kematian dalam tahanan dalam tempoh 24 jam, dengan
melaporkan lapan kes sehingga 31 Disember. Suruhanjaya kini sedang merangka Prosedur
Operasi Standard untuk mengendalikan kes-kes seumpama itu setelah dimaklumkan.
Suruhanjaya serius dalam mengenal pasti cara-cara untuk mengelakkan kematian dalam
tahanan dan menegaskan bahawa keselamatan orang yang ditahan tidak boleh dikompromi
oleh pihak berkuasa. Dalam hal ini, Suruhanjaya mengesyorkan bahawa pemeriksaan kesihatan
dijalankan oleh pihak polis apabila seseorang itu ditangkap dan ditahan, dan bahawa ahli
keluarga dihubungi untuk mendapatkan maklumat mengenai rawatan yang sedang diterima
atau keperluan ubat-ubatan. Tahanan yang sakit pula mestilah dirujuk kepada pengamal
perubatan.
5. HAK GOLONGAN RENTAN
(a) Kanak-kanak
Pada bulan Ogos, Suruhanjaya berkongsi kemarahan orang ramai apabila dua individu masingmasing dibebaskan dengan bon berkelakuan baik selepas disabitkan kesalahan rogol statutori
– ‘persetujuan’ mangsa kanak-kanak dijadikan faktor mitigasi dalam setiap kes berkenaan.
Undang-undang Jenayah mengiktiraf bahawa kanak-kanak mungkin kurang matang untuk
memberi keizinan sebenar atau mungkin terlalu dipengaruhi untuk memberikan keizinan
sebenar. Terdapat juga larangan hubungan seksual dengan kanak-kanak perempuan di bawah
umur 16 tahun, tanpa mengambil kira ‘persetujuan’ daripadanya.
Oleh itu, cadangan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman
penjara mandatori bagi mereka yang disabitkan kesalahan rogol statutori adalah dipuji. Dato’
Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengumumkan pindaan
itu, yang akan dibentang dan diluluskan pada sesi Parlimen yang seterusnya mencadangkan
agar budi bicara hakim untuk mengurang atau mengenakan hukuman yang lebih ringan dalam
kes-kes kes rogol statutori ditarik balik.
Suruhanjaya juga bimbang tentang insiden perkahwinan melibatkan kanak-kanak. Walau
apa pun kesahihan perkahwinan itu, Suruhanjaya menarik perhatian pihak berkuasa kepada
Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang menyatakan, antara lain, bahawa
kanak-kanak oleh sebab ketidakmatangan fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan
penjagaan khas, termasuk perlindungan undang-undang yang sesuai.
Isunya sekarang dalam insiden rogol statutori dan perkahwinan kanak-kanak, sama ada CRC
ditandatangani ataupun tidak, Malaysia telah melaksanakan obligasinya setakat mana hak,
perlindungan dan kepentingan terbaik serta masa depan kanak-kanak yang berkenaan.
17