BAB 3 PELANGGARAN HAK ASASI SEBELUM PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 Dato‟ Ambiga Sreenevasan (W26) 24. Dato‟ Ambiga Sreenevasan, yang selepas ini akan disebut sebagai (W26) merupakan Pengerusi BERSIH 2.0. Berdasarkan kedudukan tersebut, W26 mendakwa beliau telah menerima berbagai ancaman, termasuk ugutan bunuh dari individu yang tidak dikenali, begitu juga gangguan daripada beberapa pihak termasuklah individu persendirian, PDRM dan dari sesetengah pemimpin kerajaan. 25. W26 juga mendakwa, laporan media telah menonjolkan beliau dalam konteks yang salah dan ianya telah mengganggu privasi serta keselamatan diri dan keluarga beliau. Bagi menyokong dakwaan tersebut, W26 telah memberi beberapa contoh, antaranya bagaimana alamat rumah persendirian beliau telah disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen tempatan. Antara contoh lain ialah panggilan telefon yang bersifat ugutan yang telah dibuat oleh individu yang tidak dikenali. Malah beberapa kenyataan yang berdasarkan fakta yang tidak tepat telah disiarkan oleh sesetengah media tempatan. Selanjutnya, W26 menjelaskan bahawa gangguan-gangguan berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa bagi dirinya sendiri serta keluarga hingga merasakan bahawa diri mereka berada dalam bahaya. Akibatnya beliau terpaksa menggunakan khidmat pengawal peribadi. 26. Selanjutnya W26 mendakwa bahawa usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak, termasuk media arus perdana untuk memburuk-burukkan dengan pelbagai cara dan fitnah. Usaha tersebut, menurut beliau lagi, bukan sahaja menjejaskan kedudukan beliau sebagai seorang pemimpin pergerakan, tetapi juga secara tidak langsung memberikan tanggapan negatif terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan itu. Sebagai bahan bukti W26 telah mengumpulkan sebanyak 287 artikel yang pernah disiarkan oleh media yang kebanyakannya dianggap telah menimbulkan persepsi negatif terhadap beliau sendiri dan juga terhadap perhimpunan BERSIH 2.0. Kesemua artikel tersebut telah diserahkan oleh 8

Select target paragraph3