TERMA-TERMA RUJUKAN a) Untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran hak asasi manusia ke atas mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan awam 9 Julai 2011; b) Jika pelanggaran hak asasi manusia berlaku, untuk menentukan: i. Bagaimana pelanggaran tersebut berlaku; ii. Apakah arahan dan tatacara pentadbiran, yang membawa kepada pelanggaran berkenaan undang-undang; dan iii. Siapakah individu atau agensi yang bertanggungjawab ke atas pelanggaran undang-undang sedemikian. c) Memberi cadangan serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan bahawa pelanggaran tersebut tidak berulang. 10. Bagi melaksanakan tugas tersebut, Panel telah memanggil 14 orang saksi awam dan 17 orang saksi daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi keterangan. 11. Panel juga telah menjemput PDRM, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam sebagai pemerhati serta membantu Panel dalam hal-hal tertentu sekiranya diperlukan. Walau bagaimanapun, hanya wakil-wakil dari PDRM dan Majlis Peguam yang hadir sepanjang pendengaran berlangsung kecuali pada 17 April 2012 yang mana Majlis Peguam tidak dapat hadir. 12. Panel juga ingin menegaskan bahawa walaupun perhimpunan ini tidak mendapat permit di bawah Seksyen 27, Akta Polis 1964 dan telah diisytiharkan oleh Kerajaan dan PDRM sebagai perhimpunan yang tidak sah, segala syor yang dikemukakan adalah terpakai sepenuhnya. 4

Select target paragraph3