kecederaan yang serius, individu yang ditahan seharusnya dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum pemprosesan penahanan dilakukan oleh PDRM. 172. Panel berpendapat bahawa walaupun PDRM mempunyai kuasa dan sebab yang sah disisi undang-undang untuk melakukan tangkapan, cara yang digunakan untuk melaksanakan penahanan terhadap mana-mana individu haruslah bersesuaian dengan kesalahan. 173. Prinsip hak asasi dan keselamatan terhadap anggota mahupun individu yang hendak ditahan haruslah diutamakan dimana satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggotaanggota PDRM di dalam melakukan tangkapan. 174. Pegawai yang bertanggungjawab haruslah memastikan bahawa setiap unit yang menjalankan tugas di mana-mana kawasan haruslah diberikan taklimat yang menyeluruh terutamanya berkenaan tempat-tempat kepentingan awam dan sebarang tindakan yang diambil haruslah mengambil kira tempat-tempat ini. 175. Panel menyedari struktur dan hiraki PDRM -- mana-mana pegawai atasan boleh memberi arahan kepada pegawai percanggahan arahan dan bawahan; tetapi ketelusan arahan untuk yang mengelakkan diberikan, Panel mengesyorkan supaya arahan hanya boleh diberikan oleh Pegawai Medan dan sekiranya tugas ini diberikan kepada mana-mana pegawai lain, ianya haruslah dilakukan secara rasmi dan mengikut prosedur yang diamalkan oleh PDRM. 176. Penggunaan sebarang alat terutamanya yang diklasifikasikan sebagai senjata yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan seharusnya tidak dibenarkan di dalam mahupun di sekitar kawasan berkepentingan awam seperti hospital dan sekolah. 177. Walaupun terdapat bukti beberapa peserta perhimpunan menyerbu ke arah pihak PDRM, Panel berpendapat bahawa cara yang digunakan untuk menyuraikan peserta di kawasan KL Sentral tidak bersesuaian kerana faktor lokasi dan keadaan 37

Select target paragraph3