145.
Panel mengambil maklum keterangan W12 bahawa tidak terdapat kesan kotoran
seperti pasir atau tanah di bahagian yang cedera dan W12 berpendapat bahawa
kecederaan tersebut berkemungkinan terjadi akibat pelanggaran dengan
permukaan keras dan bukannya pergeseran dengan permukaan yang keras.
Panel bersetuju dengan pendapat professional W12. Keterangan ini menyokong
pernyataan W6 bahawa kecederaan itu berlaku akibat terkena kenderaan PDRM
sebelum W6 jatuh ke jalan.
146.
Panel berpendapat, kecederaan W6 berpunca dari pelanggaran dengan
kenderaan PDRM. Walau bagaimanapun tidak terdapat bukti konklusif mengenai
cara pelanggaran itu berlaku, samada kenderaan PDRM telah melanggar W6 dan
W7 atau
W6 dan W7 sendiri yang melanggar kereta berkenaan dalam usaha
mereka untuk mengelakkan diri dari ditangkap atau pelanggaran tersebut berlaku
dengan begitu saja tanpa sesiapa yang melakukannya dengan sengaja.
147.
Berdasarkan penyataan saksi-saksi dan rakaman video, adalah didapati bahawa
tembakan meriam air telah memasuki perkarangan HTS tetapi tidak dapat
dipastikan sama ada tembakan meriam air memasuki atau terkena bangunan
utama yang menempatkan pesakit.
148.
W21 mengakui bahawa beliau telah melihat dan mengetahui kewujudan HTS dan
HBC tetapi tetap menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta dan
tembakan meriam air ini dipercayai telah memasuki perkarangan HTS dan HBC.
Panel juga memandang berat tembakan gas pemedih mata di sekitar HTS dan
HBC. Walaupun tiada bukti kukuh yang menunjukkan gas pemedih mata
dilepaskan di dalam perkarangan HTS dan HBC, Panel berpendapat kesan gas
pemedih mata dapat dirasai dan masuk ke dalam bangunan utama HTS.
149.
Panel berpendapat bahawa walaupun tiada bukti dikemukakan bahawa gas
pemedih mata dilepaskan ke dalam perkarangan HTS, gas pemedih mata yang
dilepaskan di sekitar Jalan Pudu berkemungkinan besar memasuki HTS di mana
kesan tersebut dirasakan oleh W22 dan juga W11 yang ditangkap di HBC yang
terletak bersebelahan dengan HTS. Panel juga berpendapat bahawa tembakan
32