131. Panel juga berpendapat, penyiaran butiran peribadi yang dikatakan oleh W26 mungkin akan menimbulkan isu keselamatan kepada W26 sendiri dan keluarga beliau. 132. Begitu juga liputan oleh media yang tidak dibuat secara menyeluruh di mana isuisu dan intipati pergerakan BERSIH 2.0 tidak disiarkan secara neutral dan seimbang. Kebanyakan dari berita yang dilaporkan hanya berpihak kepada satu pihak dan tidak memberi maklumat yang menyeluruh kepada masyarakat. Panel berpendapat bahawa telah berlaku ketidak seimbangan penyiaran berita dan juga penilaian yang sewajarnya terhadap isu-isu yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0. PENEMUAN: PERHIMPUNAN AWAM 133. Melalui keterangan W4 dan W11, mereka menyertai perhimpunan berkenaan untuk menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu-isu yang dibangkitkan oleh BERSIH 2.0. 134. W4 telah ditangkap kerana memakai baju yang dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH 2.0. 135. W4 tidak dimaklumkan sebab tangkapan oleh pihak PDRM. 136. W4 mengalami kecederaan di bahagian anggota badan seperti yang dinyatakan dan disokong oleh laporan perubatan dan tidak menerima sebarang rawatan sepanjang tempoh penahanan beliau. 137. Tiada saksi bebas dapat menyokong kenyataan W4 dan W11 bahawa mereka telah disembur dengan semburan lada sulah atau dimaki dengan kata-kata kesat oleh anggota-anggota PDRM. 138. Melalui kenyataan saksi-saksi, W4 tidak bertindak agresif dan hanya menggunakan hak beliau untuk berhimpun dan bersuara. Perlakuan yang berada di dalam sekumpulan peserta tidak menunjukkan beliau bertindak agresif dan atau bakal 30

Select target paragraph3