SYOR-SYOR 108. Pegawai yang bertanggungjawab haruslah memastikan bahawa setiap unit yang menjalankan tugas di mana-mana kawasan haruslah diberikan taklimat yang menyeluruh terutamanya berkenaan tempat-tempat kepentingan awam dan sebarang tindakan yang diambil haruslah mengambil kira tempat-tempat ini. 109. Panel menyedari struktur dan hiraki PDRM di mana mana-mana pegawai atasan boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan tetapi untuk mengelakkan percanggahan arahan dan ketelusan arahan yang diberikan, Panel mengesyorkan supaya arahan hanya boleh diberikan oleh Pegawai Medan dan sekiranya tugas ini diberikan kepada mana-mana pegawai lain, ianya haruslah dilakukan secara rasmi dan mengikut prosedur yang diamalkan oleh PDRM. 110. Penggunaan sebarang alat terutamanya yang diklasifikasikan sebagai senjata yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan seharusnya tidak dibenarkan di dalam mahupun di sekitar kawasan berkepentingan awam seperti hospital dan sekolah. Penggunaan Gas Pemedih Mata di Kawasan di KL Sentral 111. Maria Chin Abdullah (W24), Dato‟ Ambiga Sreenevasan (W26) dan Fayyadh Afiq Albakqry (W27) telah menyatakan bahawa tembakan gas pemedih mata telah dilepaskan terhadap peserta-peserta perhimpunan yang berada di bahagian bawah tempat menunggu bas KL Sentral yang agak bertutup. Tembakan gas pemedih mata ini telah menyebabkan keadaan huru-hara di mana kawasan ini tidak mempunyai ruang udara yang cukup di samping kekurangan cahaya dan akses untuk bersurai. 112. W24 DAN W26 menyatakan bahawa peserta yang berada di lokasi berkenaan tidak membawa apa-apa senjata dan tidak menunjukkan sikap agresif. W26 telah menyerahkan klip video berkenaan keadaan di lokasi semasa peserta melalui kawasan tersebut. 25

Select target paragraph3