dihentikan dan menutup „valve‟ saluran air dan memaklumkan perkara berkenaan kepada W21. 97. Sarjan Izlan bin Salim (W19) yang merupakan operator meriam air di kenderaan berkenaan juga perkarangan HTS mengatakan tetapi bahawa tembakan meriam air memasuki tembakan diberhentikan selepas menyedari dan menerima arahan untuk berhenti melakukan tembakan meriam air. 98. W21, W17 dan W19 bersetuju bahawa faktor-faktor yang dinyatakan di perenggan 95 merupakan punca tembakan meriam air memasuki perkarangan HTS. 99. Zailani bin Hashim (W20) yang merupakan Setiausaha Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia – Dakwaan Insiden Tembakan Gas Pemedih Mata & Semburan air di Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur menyatakan bahawa siasatan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa tembakan meriam air memasuki perkarangan HTS dan HBC tetapi tidak memasuki bangunan utama hospital. Walau bagaimanapun, W20 mengatakan bahawa terdapat kenyataan saksi Siasatan Dalaman KKM yang mengatakan bahawa kesan gas pemedih mata dapat dirasai di bangunan utama. 100. W20 juga menyatakan bahawa siasatan KKM mendapati bahawa langkahlangkah yang telah diambil oleh pihak pengurusan HTS telah meminimakan kesan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh PDRM di kawasan berkenaan. PENEMUAN 101. Berdasarkan pernyataan saksi-saksi dan klip-klip video, adalah didapati tembakan meriam air memasuki perkarangan HTS tetapi tidak dapat dipastikan samada tembakan meriam air memasuki atau kena bangunan utama yang menempatkan pesakit. 102. W21 mengakui bahawa beliau telah melihat dan mengetahui kewujudan HTS dan HBC tetapi tetap menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta dan tembakan meriam air ini dipercayai telah memasuki perkarangan HTS dan HBC. 23

Select target paragraph3