penyataan W6 bahawa kecederaan itu berlaku akibat terkena kenderaan PDRM
sebelum W6 jatuh ke jalan.
83.
Panel berpendapat, kecederaan W6 berpunca daripada pelanggaran dengan
kenderaan PDRM. Walau bagaimanapun tidak terdapat bukti konklusif mengenai
cara pelanggaran itu berlaku, sama ada kenderaan PDRM telah melanggar W6
dan W7 atau W6 dan W7 sendiri yang melanggar kereta berkenaan dalam usaha
mereka untuk mengelakkan diri dari ditangkap atau pelanggaran tersebut berlaku
dengan begitu saja tanpa sesiapa yang melakukannya dengan sengaja.
SYOR-SYOR
84.
Panel berpendapat bahawa walaupun PDRM mempunyai kuasa dan sebab yang
sah di sisi undang-undang untuk melakukan tangkapan, cara yang digunakan
untuk
melaksanakan
penahanan
terhadap
mana-mana
individu
haruslah
bersesuaian dengan kesalahan.
85.
Prinsip hak asasi dan keselamatan terhadap anggota mahupun individu yang
hendak ditahan haruslah diutamakan di mana satu garis panduan haruslah
diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggotaanggota PDRM dalam melakukan tangkapan.
86.
Rawatan segera haruslah diberikan kepada mana-mana individu yang ditahan.
Pegawai atau anggota yang melakukan tangkapan juga sepatutnya membuat
penilaian yang objektif di mana sekiranya kecederaan berkemungkinan besar
berlaku semasa proses penahanan, bantuan perubatan haruslah diberikan
dengan segera.
Hospital Tung Shin (HTS) DAN Hospital Bersalin Cina (HBC)
87.
Dr Ng Kwee Boon (W22) menyatakan bahawa beliau bertugas di Hospital Tung Shin
pada 9 Julai 2011. Pada kira-kira jam 2.30 hingga 3.00 petang, beliau berada di
kawasan tempat letak kereta HTS. W22 mengatakan bahawa beliau melihat Yang
20