Penggunaan Kekerasan oleh Pihak PDRM untuk Melakukan Tangkapan terhadap
Muhammad bin Sabu
72.
Dalam kes ini Muhammad bin Sabu (W6), dalam keterangannya kepada Panel
menyatakan bahawa beliau telah memasuki kawasan Kuala Lumpur dengan
tujuan untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. Menurut beliau
lagi, pada sekitar pukul 1.00 petang beliau telah membonceng sebuah motosikal
menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor.
73.
W6 seterusnya menyatakan beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja
di sekitar Jalan Travers. Akibat daripada pelanggaran tersebut beliau telah terjatuh
dan
mengalami
kecederaan
parah
sehingga
memerlukan
pembedahan.
Mengikut W6 lagi, beliau hanya menyedari bahawa kenderaan tersebut adalah
milik PDRM setelah pelanggaran tersebut benar-benar berlaku.
74.
Selanjutnya W6 menyatakan beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan
untuk beliau berhenti yang dibuat oleh mana-mana pegawai atau anggota Polis
yang menahan beliau sebelum pelanggaran tersebut berlaku.
75.
Mohd Zulkifli bin Abdul Halim (W7), pemandu motosikal tersebut, juga melalui
kenyataan yang dibuat di hadapan Panel menyokong kenyataan W6 dengan
sedikit
pembetulan, iaitu
pelanggaran tersebut
sebenarnya berlaku di Bukit
Persekutuan dan bukannya Jalan Travers.
76.
Saksi-saksi dari PDRM, iaitu ASP Kamal Khan bin Mohd Sharif (W8) dan Lans Koperal
Muhamad Fauzi bin Mustafa (W9) sebaliknya menyatakan bahawa mereka telah
memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai dan anggota PDRM kepada W6
dan W7, dan telah beberapa kali mengeluarkan arahan kepada mereka melalui
isyarat tangan dan laungan, bermula dari Jalan Travers sehingga lokasi
pelanggaran supaya memberhentikan kenderaan tetapi tidak diendahkan.
77.
Selanjutnya W9 mengatakan bahawa beliau telah melakukan sekatan dengan
menggunakan kereta yang mempunyai lambang PDRM untuk menghalang W6
dan W7 dari melarikan diri. Mengikut keterangan W9 lagi, kenderaan yang dinaiki
18