hak-hak yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undangundang negara dapat diamalkan oleh individu-individu ini. 67. Pegawai dan anggota PDRM yang melakukan tugas rasmi haruslah menggunakan pengenalan diri seperti tanda nama dan nombor badan sepanjang tempoh rasmi tugasan. Ini akan memudahkan proses pengenalan diri dan juga proses cam dapat dijalankan sekiranya terdapat dakwaan terhadap mana-mana pegawai dan anggota PDRM. Kecederaan terhadap Hanafi bin Hawari, Yap Jee Kit dan Fayyadh Afiq Akbakqry 68. Panel berpendapat bahawa anggota-anggota yang melakukan tangkapan haruslah lebih berhati-hati dan mengelakkan dari menggunakan kekerasan sekiranya tidak diperlukan. Penggunaan kekerasan haruslah bertepatan dan berkadar dengan tahap bahaya situasi semasa tangkapan. 69. Sebagai penguatkuasa undang-undang dan menerima latihan secara khusus, PDRM haruslah menunjukkan sikap professional yang tinggi dan mampu menerima tekanan di dalam menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan tugasan mereka. Dalam konteks ini, latihan dan penilaian berterusan haruslah diadakan oleh pihak yang bertanggungjawab. 70. Tindakan disiplin ataupun undang-undang haruslah dikenakan terhadap manamana Pegawai ataupun anggota yang telah melakukan atau menyebabkan kecederaan terhadap W27. 71. Rawatan segera haruslah diberikan kepada individu-individu yang cedera semasa proses penahanan dibuat. Kakitangan perubatan haruslah ditempatkan di lokasi untuk melakukan penilaian perubatan dan memberi rawatan di lokasi. Untuk kecederaan yang serius, individu yang ditahan seharusnya dibawa terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan perubatan sebelum proses penahanan dilakukan oleh PDRM. 17

Select target paragraph3