Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. SUHAKAM ambil maklum langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi melindungi kesihatan awam sungguhpun begitu, hak asasi manusia tidak seharusnya diketepikan dalam usaha menangani pandemik. Akibat daripada pandemik dan langkah-langkah pemulihan yang diambil oleh kerajaan, kebanyakan aktiviti yang dirancang SUHAKAM terpaksa ditangguh atau dibatalkan. Namun begitu, SUHAKAM tetap teguh dalam melaksanakan mandat dan fungsinya dengan menyelaraskan aktiviti dengan normal baharu menggunakan kaedah dan pendekatan alternatif. Sehubungan itu, pengunaan teknologi diadaptasi untuk memastikan kelangsungan aktiviti termasuklah mengadakan beberapa sesi rundingan dalam talian bersama pihak pemegang taruh dan penganjuran webinar. Semua aktiviti tersebut berlangsung sepanjang tahun sejak pelaksanaan PKP pada bulan Mac merangkumi isu berkaitan orang asli/asal, pelarian dan pencari suaka, penduduk miskin bandar, pekerja migran Berdasarkan siri dan pekerja tanpa dokumen, orang tanpa rundingan yang kewarganegaraan, wanita dan kanakdijalankan didapati kanak. Berdasarkan siri rundingan yang dijalankan didapati pandemik COVID-19 memberi kesan kelangsungan hidup yang sangat ketara kepada golongan rentan seperti wanita dan kanak-kanak, orang asli/asal, pekerja migran dan pekerja tanpa dokumen, pelarian, pencari suaka dan orang tanpa kewarganegaraan. Penting untuk difahami bahawa pandemik ini tidak mendiskriminasi malah memberi kesan kepada semua orang tanpa mengira kewarganegaraan. Susulan sesi rundingan yang dijalankan, SUHAKAM telah mengemukakan beberapa syor penting mengenai cabaran yang dihadapi golongan rentan seterusnya memanjangkannya untuk pertimbangan kerajaan. Secara amnya, kerajaan telah pun ambil maklum dan akan meneliti syor tersebut. pandemik COVID-19 memberi kesan kelangsungan hidup yang sangat ketara kepada golongan rentan seperti wanita dan kanak-kanak, orang asli/asal, pekerja migran dan pekerja tanpa dokumen, pelarian, pencari suaka dan orang tanpa kewarganegaraan. LAPORAN TAHUNAN 2020 ix

اختر الفقرة المستهدفة3