BAB 1
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Lembaga Peperiksaan
dan Jemaah Nazir serta tiga orang guru daripada sekolah ATHAM. Peserta
turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan draf.
Seterusnya, draf ini akan dicetak dalam bentuk buku kecil beserta
maklumat berkaitan ATHAM dan diedarkan ke semua sekolah ATHAM
pada tahun 2021.
2. PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN HAK ASASI MANUSIA
SUHAKAM mengambil inisiatif membangunkan modul latihan hak asasi
manusia untuk kegunaan bagi program latihan dalaman sebagai langkah
ke arah menginstitusi dan menambah baik latihan hak asasi manusia di
beberapa buah agensi kerajaan. Agensi tersebut adalah Jabatan Penjara
Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM).
a) Hak Asasi Manusia dan Penahanan: Modul Latihan Hak Asasi Manusia
untuk Jabatan Penjara Malaysia
SUHAKAM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah
menganjurkan pelbagai program bersama untuk meningkatkan
kefahaman anggota dan pegawai penjara tentang hak asasi manusia.
Pada tahun ini, SUHAKAM mula membangunkan manual latihan bagi
membantu jurulatih penjara menjalankan latihan berkaitan ‘Hak Asasi
Manusia dan Penahanan’ sebagai sebahagian daripada latihan
dalaman.
Draf kandungan manual latihan yang dibangunkan adalah seperti berikut:
Modul 1: Pengenalan kepada SUHAKAM dan Jabatan Penjara Malaysia
Modul 2: Mengetahui Hak dan Cabaran Pegawai
Modul 3: Hak Asasi Manusia dan Penjara
Modul 4: Antara Hak Asasi Manusia dan Penggunaan Kekerasan
Modul 5: Isu Tematik Hak Asasi Manusia berkaitan Penjara dan Penahanan
Proses pemurniaan modul berkenaan akan melibatkan Jabatan Penjara
Malaysia bermula pada tahun 2021. Penerbitan manual ini diharap dapat
menambah baik kualiti latihan Jabatan Penjara Malaysia terutama latihan
berkaitan prinsip hak asasi manusia dan peraturan penjara.
LAPORAN TAHUNAN 2020
5