b) Draf Cadangan Aktiviti ATHAM di Sekolah Pada tahun 2019, SUHAKAM menganjurkan beberapa siri bengkel berkaitan ATHAM di enam zon seluruh Malaysia. Para peserta yang terdiri daripada kalangan guru menyatakan bahawa perlunya bimbingan berkaitan aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi memenuhi objektif program ATHAM. Justeru SUHAKAM membangunkan senarai cadangan aktiviti-aktiviti berdasarkan perkara yang terdapat dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) sebagai panduan kepada guru dalam melaksana aktiviti bersesuaian. Datuk Lok Yim Pheng menyampaikan kata-kata aluan secara dalam talian ketika Perbincangan mengenai Draf Cadangan Aktiviti Program ATHAM di Sekolah. Program diadakan pada 7 Oktober bertempat di Kuala Lumpur. Pembangunan cadangan aktiviti tersebut turut melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan guru terpilih dari sekolah ATHAM. Perbincangan ini diadakan pada 7 Oktober melibatkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Swasta, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, 4 LAPORAN TAHUNAN 2020

اختر الفقرة المستهدفة3