BAB 1 Pensyarah Kanan Akademik, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail untuk menjalankan kajian ini. Mesyuarat bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim pada 8 September. Beliau turut menyatakan sokongan kepada program ATHAM dan kajian keberkesanannya. Objektif utama kajian adalah: i. Mengkaji keberkesanan program ATHAM di sekolah sejak pelaksanaannya pada tahun 2009 hingga 2019; ii. Mengkaji tahap kesedaran dan kefahaman guru dan murid di sekolah ATHAM mengenai hak asasi manusia dan hak kanak-kanak; iii. Mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi sekolah yang terlibat dalam program ATHAM; dan iv. Mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan dan pelan tindakan termasuk strategi komprehensif ke arah penyampaian pendidikan hak asasi manusia yang berkesan di semua sekolah di Malaysia. Bagi memantau perkembangan kajian, sebuah panel kajian ditubuhkan terdiri daripada Pesuruhjaya SUHAKAM iaitu Datuk Lok Yim Pheng, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh dan En. Jerald Joseph. Kajian ini akan mengambil masa selama sembilan bulan dan dijangka bermula pada tahun 2021. LAPORAN TAHUNAN 2020 3

اختر الفقرة المستهدفة3