Perubatan’ berikutan dakwaan amalan buruh paksa oleh pengeluar sarung tangan getah Malaysia. Pemain industri berkongsi kebimbangan mengenai isu pekerja migran yang tamat kontrak dan tidak dapat kembali ke negara asal kerana penutupan sempadan negara. SUHAKAM menyeru kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk membasmi buruh paksa, melindungi hak pekerja seterusnya mempromosi persekitaran kerja yang aman dan kondusif untuk semua pekerja termasuklah pekerja migran. Pada 8 Oktober, SUHAKAM bekerjasama dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa dengan mengadakan webinar Mencegah Buruh Paksa di Malaysia melalui Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab khusus menyasarkan perniagaan daripada pelbagai sektor. Majikan turut didedahkan mengenai langkah-langkah praktikal dan penyelesaian bagi mengurangkan risiko buruh paksa ketika proses pengambilan pekerja. SUHAKAM meneruskan promosi dalam kalangan masyarakat Islam mengenai keserasian antara prinsip hak asasi manusia yang termaktub dalam UDHR dengan ajaran Islam. Keserasian tersebut meliputi pengetahuan hak asasi manusia dalam Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah, Piagam Madinah dan Perisytiharan Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia. SUHAKAM juga terlibat dengan pemegang taruh utama termasuk Majlis Raja-Raja, Jabatan Agama Islam dan Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) mengenai perkara yang merangkumi hak masyarakat Islam. Hak ini meliputi aspek pendidikan, ibadah, pembangunan, maruah dan keadilan. SUHAKAM diberi kesempatan untuk mengemukakan kertas cadangan kepada Majlis Raja-Raja berkenaan tiga isu iaitu pendaftaran sekolah tahfiz, perkahwinan kanak-kanak dan masjid mesra orang kurang upaya (OKU) di Malaysia. Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256 pada 20 Februari telah membincangkan isu yang dikemukakan oleh SUHAKAM. SUHAKAM secara aktif menyokong penghapusan perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia. SUHAKAM membangunkan kertas dasar mengenai ucapan kebencian terhadap golongan minoriti terutama pelarian dan migran di Malaysia. Kerajaan harus meningkatkan usaha untuk melaksanakan dasar positif untuk menghadapi ucapan kebencian dan tidak bertoleransi terutama oleh pemimpin politik. Pegawai penguatkuasa harus tegas dan secara terbuka mengutuk semua bentuk kebencian yang ditujukan kepada pelarian dan migran. Rangkuman keseluruhan tahun ini telah menghasilkan dan menerima pakai Pelan Strategik SUHAKAM 2021-2025. Melalui perancangan lima tahun, LAPORAN TAHUNAN 2020 xxiii

اختر الفقرة المستهدفة3