antarabangsa mengenai buruh paksa dan pemerdagangan manusia yang
melibatkan FGV Holdings Berhad dan Sime Darby Plantation Berhad. Siasatan
mengenai isu ini akan dijalankan pada tahun 2021.
SUHAKAM turut memberikan input untuk Pelan Tindakan Nasional
Antipemerdagangan Orang (NAPTIP) 2021-2025. Penekanan betapa
pentingnya pendekatan hak asasi manusia dan kewajipan negara untuk
memerangi pemerdagangan orang di Malaysia turut disuarakan, serta
berusaha untuk mencegah pemerdagangan orang dan menangani
punca dan risiko. Malaysia perlu memastikan mangsa pemerdagangan
orang diberi perlindungan, penjagaan dan sokongan yang mencukupi
serta berusaha memperkasakan proses kehakiman dan pendakwaan.
Agensi penguatkuasaan undang-undang perlu diperkasa serta mampu
melaksanakan tugas dengan berkesan serta melaksanakan langkah-langkah
untuk menangani eksploitasi buruh dan pemerdagangan kanak-kanak.
Sehingga Oktober 2020, terdapat 178,450 orang pelarian dan pencari
suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Dua isu utama yang menjadi
perhatian SUHAKAM adalah mengenai ketibaan ‘orang bot’ di Malaysia dan
reaksi membimbangkan rakyat Malaysia terhadap pelarian dan pencari
suaka terutama semasa PKP dari bulan Mac hingga Jun. SUHAKAM menyiasat
752 pelarian yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang mendarat
di perairan Kedah/Perlis dalam empat kejadian yang berbeza. SUHAKAM
mendapati, Kem Wawasan Negara di Langkawi, Kedah tidak mempunyai
kemudahan yang sepatutnya kerana ia merupakan sebuah tempat
penempatan bersifat sementara. Kem ini juga tidak kondusif bukan sahaja
untuk pelarian malah kepada kakitangan yang bertugas.
Kerajaan Malaysia mengumumkan komitmennya untuk membangunkan
Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia
(NAPBHR) pada bulan Jun 2019 diikuti komitmen Kabinet pada bulan
Disember 2019. SUHAKAM bekerjasama erat dengan BHEUU dalam menerajui
pembangunan NAPBHR pertama di negara ini. Justeru BHEUU, SUHAKAM
dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)
menganjurkan rundingan bertema ‘Ke Arah Pelan Tindakan Kebangsaan
mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia Malaysia’ pada 7, 8 dan 14
Disember bertujuan menjustifikasi usul bidang tematik melibatkan tenaga
kerja, alam sekitar dan tadbir urus yang baik.
Pada 14
September,
SUHAKAM menganjurkan ‘Rundingan bersama
Pemegang Taruh mengenai Isu Buruh Paksa dalam Industri Bekalan
xxii
LAPORAN TAHUNAN 2020