Orang Asli/Asal (OA) terus terkesan akibat pembangunan arus perdana dan dinafikan hak terhadap tanah dan sumber asas. SUHAKAM menerima 17 aduan daripada masyarakat orang asli/asal, iaitu sembilan aduan di Semenanjung Malaysia, tujuh aduan di Sabah dan satu aduan di Sarawak. Kebanyakan aduan di Semenanjung Malaysia pula berkaitan dengan infrastruktur, keperluan asas dan pembinaan empangan. Bagi menangani isu ini SUHAKAM terus berhubung dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Pada 15 Januari, SUHAKAM bertemu Ketua Pengarah JAKOA untuk membincangkan perkembangan dan kemajuan masyarakat OA, Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal dan isu berkaitan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Hidupan Liar serta Taman Negara di Semenanjung Malaysia. SUHAKAM turut membincangkan perihal OA di Kuala Koh, Kelantan dan aduan lain. Hasilnya, Ketua Pengarah mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa bersama yang terdiri daripada SUHAKAM dan JAKOA untuk menambahbaik proses pengurusan aduan. SUHAKAM mengalu-alukan pelawaan BHEUU ke Mesyuarat Penyelarasan Status Terkini Pelaksanaan Enam Rumusan Tindakan dan Hala Tuju Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal (JKKHTOA) untuk membincangkan dan memberikan perkembangan terkini enam cadangan yang dibuat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal. Di Sabah dan Sarawak, kebanyakan aduan yang diterima daripada masyarakat orang asal di Sarawak adalah berkaitan kewarganegaraan, terutamanya mengenai kewarganegaraan kanak-kanak dan kelewatan mendaftar sijil kelahiran atau kad pengenalan. SUHAKAM terus mengambil bahagian dalam Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan melawat tempat perlindungan mangsa pemerdagangan orang. Malaysia berada dalam Senarai Pemerhatian Tahap 2 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk dua tahun berturut-turut. Tahun ini, sembilan aduan diterima melibatkan isu pekerjaan, penglibatan agensi pengambilan pekerja yang terlibat dengan pemerdagangan manusia, tidak membayar gaji pembantu rumah, dipaksa bekerja 18 jam setiap hari, majikan menahan pasport pekerja dan dihalang daripada menjalani pemeriksaan perubatan termasuk ujian COVID-19. SUHAKAM juga maklum akan dakwaan badan bukan kerajaan LAPORAN TAHUNAN 2020 xxi

اختر الفقرة المستهدفة3