dalam pemantauan di 23 buah kawasan pilihan raya. Pemantauan tersebut
bermula dari 21 - 26 September meliputi aktiviti berkempen sehinggalah
proses pengundian.
Pejabat SUHAKAM Sarawak telah menerima 46 aduan hak asasi manusia,
hanya tiga aduan berjaya diselesaikan dan 43 kes masih menunggu tindakan
daripada pihak agensi kerajaan yang terlibat. Kebanyakan aduan adalah
berkaitan dengan masalah kewarganegaraan merangkumi kerakyatan,
kewarganegaraan kanak-kanak, kelewatan mendaftar sijil kelahiran atau
kad pengenalan bagi penduduk di kawasan luar bandar, termasuk kanakkanak yang ibunya berstatus migran.
Terdapat lapan aduan mengenai pertukaran daripada agama Islam
ke Kristian. Lima kes melibatkan mualaf di Sarawak yang ingin kembali
kepada kepercayaan asal selepas berlaku penceraian dengan pasangan
muslimnya. Manakala tiga lagi aduan yang lain adalah berkaitan dengan
isu pentadbiran iaitu agama pengadu didaftarkan sebagai Islam dalam kad
pengenalan (MyKad) dengan hanya berpandukan kepada perkataan ‘bin’
dan ‘binti’ pada nama.
Pejabat Sarawak dan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak telah bertemu
dengan YB Dato’ Seri Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan
Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (Sarawak)
bagi membincangkan dua isu kanak-kanak di Sarawak iaitu tanpa
kewarganegaraan dan hak pendidikan.
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) mula berfungsi pada Mei 2020
dengan tiga orang pegawai sepenuh masa dan seorang kerani. Pada
bulan Julai, OCC telah mengadakan tiga Sesi Rundingan dalam talian
mengenai Tanpa Kewarganegaraan masing-masing di Sabah, Sarawak
dan Semenanjung Malaysia. Isu keluasan Negeri Sabah dan Sarawak
dibangkitkan ketika sesi rundingan kerana ia menyebabkan kesukaran
masyarakat luar bandar untuk hadir ke lokasi pejabat pendaftaran yang
terletak di kawasan bandar. Syor bagi isu ini dinyatakan dalam Bab 4.
Pada bulan Jun dan September, OCC menganjurkan beberapa siri dialog
dengan pemegang taruh dan agensi kerajaan serta program kesedaran
bersama penduduk kampung dan bertemu dengan agensi berkaitan
bagi memastikan akses kepada pendidikan. OCC juga mengeluarkan
kenyataan media untuk memastikan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak
mengabaikan hak pendidikan kepada kanak-kanak terutama di daerah
xviii
LAPORAN TAHUNAN 2020