SUHAKAM turut mengeluarkan 47 kenyataan media sepanjang tahun.
Kenyataan ini merangkumi isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan
kesan COVID-19 terhadap kumpulan rentan, perkauman dan kenyataan
xenofobia yang ditujukan kepada pekerja migran dan pelarian semasa
pandemik COVID-19 serta hak kanak-kanak. SUHAKAM juga memberi
perhatian kepada komen yang bersifat perkauman dan menyinggung
perasaan oleh ahli parlimen, pendirian SUHAKAM mengenai Rang UndangUndang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan pindaan Kanun
Keseksaan berkenaan percubaan membunuh diri agar tidak dianggap
sebagai satu jenayah.
Sehingga 31 Disember 2020, SUHAKAM memperolehi 14,540 tanda suka
di Facebook, 17,814 pengikut di Twitter dan 951 pengikut di Instagram
berbanding tahun sebelumnya iaitu 13,360 tanda suka di Facebook, 15,900
pengikut di Twitter dan 685 pengikut di Instagram pada tahun 2019.
Laporan Tahunan SUHAKAM 2019 dibentangkan di Parlimen pada
4 November. Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang), YB Dato’ Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan pada 1
Disember bahawa laporan tersebut tidak akan dibahaskan di Parlimen bagi
memberi keutamaan kepada perkara lain yang lebih penting. SUHAKAM
berharap laporan tahunannya akan dibahaskan di Parlimen pada masa
akan datang.
Pejabat SUHAKAM Sabah telah mengadakan program SBM pada 5 Februari
di Daerah Pitas. Objektif utama program ini adalah untuk menyebarkan
dan memupuk kesedaran berkenaan peranan dan fungsi SUHAKAM serta
menyediakan ruang untuk orang awam membuat aduan berkenaan
pelanggaran hak asasi manusia.
Pejabat Sabah menerima 192 kes hak asasi manusia yang mana majoriti kes
adalah berkaitan dengan hak kepada kewarganegaraan (116 aduan) dan
hak tanah adat anak negeri (NCR) dengan 37 aduan. Rekod menunjukkan
peningkatan jumlah aduan mengenai orang yang tidak mempunyai dokumen
pengenalan diri disebabkan isu berkaitan pendaftaran kelahiran dan kad
pengenalan dalam kalangan orang asal dan kanak-kanak migran.
Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibubarkan pada 30 Julai dengan
itu pilihan raya negeri telah diadakan pada 26 September untuk memilih
73 anggota Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16. SUHAKAM menerima
undangan untuk memantau proses pilihan raya, justeru satu pasukan terdiri
daripada pesuruhjaya, kakitangan dan sukarelawan SUHAKAM terlibat
LAPORAN TAHUNAN 2020
xvii