(NHRI). SUHAKAM turut menjangkakan kecemasan kesihatan awam dan hak asasi manusia kekal menjadi fokus utama pada tahun hadapan mengambilkira situasi di negara seluruh dunia yang masih menghadapi cabaran untuk pulih kesan pandemik COVID-19. Pada 10 Disember, Kementerian Luar Negeri, Bahagian Hal Ehwal UndangUndang Jabatan Perdana Menteri, SUHAKAM dan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu di Malaysia bekerjasama menganjurkan forum bertemakan “Pulih dengan Lebih Baik – Berjuang untuk Hak Asasi Manusia” (Recover Better – Stand Up for Human Rights). Tema forum ini amat bertepatan dengan situasi semasa yang dihadapi Malaysia. Topik perbincangan adalah mengenai pandemik COVID-19 dan cabaran yang dihadapi pelbagai golongan masyarakat, amalan terbaik daripada segi pemulihan dan membina semula kehidupan yang terjejas. Ketika forum berlangsung, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri turut mengumumkan Malaysia sedang dalam proses membida tempat dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi penggal 2022 - 2024. Berdasarkan pengumuman ini, SUHAKAM berharap kerajaan akan mengambil tindakan yang lebih jitu untuk menangani isu hak asasi manusia dalam negara yang dibangkitkan dalam Laporan Tahunan SUHAKAM. Mengimbas kembali perjalanan sepanjang tahun 2020, sememangnya ia amat mencabar. Namun begitu, usaha memerangi pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Disiplin dan kerjasama penuh semua pihak diperlukan supaya penularan pandemik dapat dihentikan. Pandemik COVID-19 ini menjejaskan sosio-ekonomi, sosial dan budaya golongan rentan. Golongan ini kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan serta menghadapi cabaran dalam menikmati keperluan asas seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan. Justeru, SUHAKAM menyambut baik inisiatif kerajaan berkaitan dengan pakej rangsangan ekonomi dan Bajet 2021 bertujuan untuk menangani kesan COVID-19 yang dihadapi rakyat. Ketika situasi pandemik yang meruncing ketika ini, provokasi perkauman dan xenofobia tercetus di seluruh dunia terutamanya terhadap pelarian dan migran. Di Malaysia, SUHAKAM berpandangan terdapat peningkatan dalam ucapan berunsur perkauman dan xenofobia yang dilakukan rakyat Malaysia terhadap pelarian dan pekerja migran. Penting untuk kita sedari bahawa golongan pelarian dan migran adalah manusia yang sama tarafnya tidak kira apa jua status dan mempunyai hak untuk dihormati. LAPORAN TAHUNAN 2020 xi

اختر الفقرة المستهدفة3