Walaupun dengan pelaksanaan PKP, SUHAKAM tetap melaksanakan mandatnya seperti melakukan lawatan pemantauan ke tempat tahanan mengikut keadaan semasa dan mengetengahkan isu hak asasi manusia melalui sidang media dalam talian, menjalankan temu bual media dan mengeluarkan kenyataan media. Dalam tempoh ini juga dua sidang media dalam talian telah dijalankan iaitu Pengumuman Laporan Tahunan SUHAKAM 2019 dan Penemuan Hasil Siasatan Mengenai Impak COVID-19 terhadap Keadaan Tempat Tahanan di Malaysia. Inkuiri Awam terhadap Kehilangan Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu juga diteruskan. SUHAKAM turut menggunakan pendekatan melalui pengiklanan dalam pengangkutan awam dengan penggunaan gambar atau maklumat mengenai hak asasi manusia serta hebahan khidmat masyarakat di stesen televisyen dan saluran radio tempatan. Sebaik sahaja pelancaran iklan dalam pengangkutan awam didapati peningkatan bilangan pengikut dan jumlah tanda suka di laman media sosial SUHAKAM. SUHAKAM meneruskan penyertaan di peringkat antarabangsa dan serantau secara dalam talian melibatkan Forum Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Asia Tenggara (SEANF), Forum Asia Pasifik Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (APF) dan Pakatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI). Walaupun perbincangan ketika mesyuarat tahunan masih berkisar mengenai isu hak asasi manusia seperti status tanpa kewarganegaraan, penyeksaan, perniagaan dan hak asasi manusia, fokus utama tetap berkait dengan pandemik COVID-19 dan impaknya, khususnya kepada negara, rakyat dan Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan x LAPORAN TAHUNAN 2020 ..... fokus utama tetap berkait dengan pandemik COVID-19 dan impaknya, khususnya kepada negara, rakyat dan Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan. SUHAKAM turut menjangkakan kecemasan kesihatan awam dan hak asasi manusia kekal menjadi fokus utama pada tahun hadapan mengambilkira situasi di negara seluruh dunia yang masih menghadapi cabaran untuk pulih kesan pandemik COVID-19.

اختر الفقرة المستهدفة3