8 9 SUHAKAM komited untuk memberi tumpuan yang lebih besar, mereka bentuk programnya dan menguntukkan sumber yang besar kepada bidang ini. Suruhanjaya akan merangkumkan aspek jantina dalam semua program dan aktivitinya, dengan itu memastikannya mencapai output/hasil yang diharapkan, yang akan terpakai sama rata kepada wanita dan orang lain, sebagaimana kepada lelaki. Hasil pelaksanaan Pelan Strategik ini, dijangka akan ada beberapa langkah penambahbaikan dalam punca pendapatan, pendidikan, kesihatan, perumahan dan keselamatan sosial golongan komuniti rentan di Malaysia. Demikian juga perlu ada pengurangan insiden xenofobia dan diskriminasi kaum, yang akan memberi petanda baik untuk masa depan Malaysia. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) juga telah menggariskan strategi operasinya untuk menangani isu berkaitan hak kanak-kanak di negara ini. Mengambil kira (a) skop dan tahap keseriusan isu hak asasi manusia; (b) saiz penduduk dan ciri yang berbeza (status ekonomi, tahap pendidikan, latar belakang budaya, kerentanan, kebolehcapaian, orientasi seksual dan lain-lain) dan (c) konteks suasana di Malaysia (termasuk iklim politik, tahap kesedaran awam, kestabilan ekonomi, penerimaan agama); usaha ke hadapan tanpa mengira keadaan perlu diambil untuk meneruskan agenda hak asasi manusia. Gambar oleh SYADAN BIN GINU Gambar oleh ABDUL HAFIZ BIN AB HAMID Malaysia telah menunjukkan beberapa kemajuan dari segi hak wanita, hak mengundi, pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan yang secara amnya dinikmati oleh rakyatnya. SUHAKAM sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan menyokong usaha Kerajaan demi meningkatkan lagi piawaian hak asasi manusia di negara ini, pada masa yang sama bergerak seiring ke hadapan dengan pelancaran Rancangan Malaysia Ke-12 dan pelan tindakan kebangsaan yang lain. Terdapat banyak peluang untuk Suruhanjaya menjalin kerjasama sinergi dengan organisasi masyarakat sivil tempatan dan antarabangsa, badan hak asasi manusia PBB dan mekanisme yang berpangkalan di Malaysia dan serantau, demi mencapai matlamat bersama dan yang dikongsi. Suruhanjaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Pesuruhjaya, Pegawai Sekretariat dan kakitangan, semua kumpulan perundingan dan penasihat, pihak berkepentingan luar atas sokongan berterusan dan penyertaan aktif yang telah menyumbang kepada pembentukan pelan strategik ini. Sejarah Ringkas tentang Suruhanjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Akta ini mula berkuat kuasa pada 9 September 1999, dengan mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000. Gambar oleh MOHD SAMSI BIN SUMAIRI Pelibatan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) adalah dorongan untuk Kerajaan Malaysia yang akhirnya mempertimbangkan penubuhan institusi hak asasi manusia kebangsaan. Perhatian antarabangsa tentang hak asasi manusia ditunjukkan hasil daripada kejayaan Persidangan Dunia Hak Asasi Manusia 1993 di Vienna apabila semua kerajaan, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak asasi manusia adalah universal dan tidak dapat dipisahkan, dan mereka mengiktiraf kepentingan penubuhan institusi hak asasi manusia kebangsaan. Satu peristiwa penting baru-baru ini pada ulang tahunnya yang ke-20 ialah kejayaan perbahasan berikutan pembentangan Laporan Tahunan SUHAKAM 2018 oleh Ahli Parlimen pada 5 Disember 2019. Siapa Kami dan Bagaimana Kami Bekerja SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI), ditubuhkan dengan pematuhan sewajarnya terhadap Prinsip Paris 1993 Berkaitan Status Institusi Kebangsaan. SUHAKAM boleh menggunakan kuasa dan fungsinya di mana-mana sahaja di Malaysia, SUHAKAM kini mempunyai tiga pejabat; di Semenanjung Malaysia (ibu pejabat), Sabah dan Sarawak. SUHAKAM berusaha untuk menyumbang demi menyepadukan pembangunan manusia di Malaysia melalui pematuhan sepenuhnya kepada piawaian hak asasi manusia antarabangsa. SUHAKAM memenuhi tanggungjawab ini dengan: • Memupuk kesedaran tentang hak asasi manusia, mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel serta menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu; • Menasihati Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan tentang aduan terhadap mereka dan mengesyorkan langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil; • Menyiasat dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia; • Melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan membuat syor yang perlu; • Mengeluarkan kenyataan awam tentang hak asasi manusia apabila perlu; • Bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivil dan pembela hak asasi manusia demi menggalakkan dan melindungi hak asasi itu; • Mengendalikan pertanyaan awam pelanggaran serius hak asasi manusia; tentang • Menjalankan aktiviti yang bersesuaian jika perlu. Gambar oleh MOHAMMAD KHAIRIZAL AFENDY

اختر الفقرة المستهدفة3