42 43 Pelaksanaan dan kemajuan Pelan Strategik perlu dipantau dengan rapi oleh Suruhanjaya. Memandangkan Pelan Strategik berfungsi sebagai dokumen pelan kerja jangka panjang, satu mekanisme untuk pengoperasian, pemantauan dan penilaian perlu diwujudkan oleh Suruhanjaya. Bagi tujuan pelaksanaan Pelan Strategik yang berkesan, Pelan itu mesti diterjemahkan ke dalam bentuk program dan aktiviti melalui Pelan Kerja Tahunan yang akan menerangkan perincian seperti tanggungjawab bahagian, garis masa, belanjawan dan sebagainya. Terdapat dua peringkat pemantauan dan penilaian bagi pelaksanaan Pelan Strategik: Peringkat 1: Pemantauan dan Penilaian Tahunan - ini adalah proses semakan dalaman. Satu jawatankuasa pemantauan hendaklah dibentuk yang terdiri daripada Setiausaha dan pegawai kanan untuk memantau pelaksanaan dan menilai keberkesanannya. Pemantauan dan penilaian tahunan hendaklah dijalankan sepanjang tempoh Pelan Strategik. . Peringkat 2: Penilaian Separuh Penggal – ini adalah gabungan penilaian dalaman dan luaran bagi pelaksanaan Pelan Strategik. Tinjauan mendalam pelan strategik boleh dilakukan antara dua tahun setengah hingga tiga tahun selepas dilancarkan pada 2021. Berikut ialah garis panduan pentadbiran untuk rujukan Bahagian dan Suruhanjaya dalam melaksanakan, memantau dan menilai Pelan Strategik. Perincian Perancangan Program dan Aktiviti Tahunan berdasarkan Pelan Strategik (pada Sesi Pelan Kerja Tahunan tahun semasa) Pembentukan Jawatankuasa Pemantauan Memastikan Pelan Strategik diterjemahkan ke dalam Pelan Operasi Aktiviti tahunan hendaklah sentiasa selaras dengan Pelan Strategik (Setiausaha, Timbalan Setiausaha & Ketua Bahagian) ) Tinjauan Pertengahan Tahun Catatan Semua Bahagian hendaklah merujuk Pelan Strategik semasa sesi prapermukiman Pelan Kerja dan semasa Permukiman Pelan Kerja Tahunan. Kebanyakan sumber perlu ditumpukan pada pelaksanaan keutamaan Pelan Strategik. Beberapa kelonggaran harus dibenarkan untuk menangani isu hak asasi manusia yang baharu atau yang timbul dalam negara pada tahun berkenaan. Hal ini bertujuan memastikan Suruhanjaya dapat menjalankan pelaksanaan Pelan Strategik dan mempunyai sumber untuk menangani aktiviti semasa dan yang sedang dijalankan. (Tinjauan pelaksanaan pada Mei atau Jun) Tinjauan pelaksanaan aktiviti. Tinjauan dalaman. ► Tinjauan Tahunan Melaporkan kepada Suruhanjaya (Pembentangan Laporan Kemajuan kepada Suruhanjaya) Tinjauan Menyeluruh (Sesi Pelan Kerja Tahunan tahun berikutnya) ► Tinjauan Separuh Penggal Penanda aras dan Petunjuk: i. Apa yang telah kita capai, dan bagaimanakah kemajuannya? Adakah sasaran/petunjuk dalam Pelan Strategik diikuti? ii. Apa yang belum kita capai? Mengapa kita terlepas sasaran? Apa yang perlu kita lakukan untuk kembali ke landasan yang betul? iii. Adakah terdapat apa-apa yang perlu kita ubah atau tambah kerana keadaan dalaman atau luaran yang berubah? iv. Adakah terdapat apa-apa implikasi terhadap sumber? Jika ya, apa penggantian yang perlu kita buat? v. Sejauh manakah kita menyampaikan matlamat arus perdana gender kita?

اختر الفقرة المستهدفة3