24 25 Objektif Strategik 2: Memacu Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan Golongan Rentan di Malaysia Keterangan Objektif Strategik 2: Memacu Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan Golongan Rentan di Malaysia Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan diiktiraf di bawah UDHR sebagai hak asasi yang terdapat pada semua orang tanpa diskriminasi. Namun pada hakikatnya, banyak komuniti dan individu rentan tidak dapat menikmati ESCR sepenuhnya atas pelbagai faktor berbentuk langsung, tidak langsung atau struktur, serta kemiskinan. Oleh itu, salah satu ciri pendekatan hak asasi manusia adalah perlindungan hak komuniti rentan untuk memastikan mereka dapat mencapai, sekurangkurangnya, syarat minimum kehidupan bermaruah yang ditetapkan oleh UDHR. Hasil Impak Pelan Tindakan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan rentan di Malaysia terangkum dalam elemen hak asasi manusia i. Undang-undang dan dasar berkaitan ESCR golongan rentan diperkenalkan atau dikaji semula termasuk syor SUHAKAM tentang perspektif hak asasi manusia Rangka Masa Jangka Panjang Petunjuk Strategi kebangsaan dalam memacu ESCR golongan rentan di Malaysia mengamalkan pendekatan hak asasi manusia. Jangka Panjang Syor SUHAKAM ditunjukkan dalam undang-undang dan dasar yang dikaji semula ii. Malaysia menyertai ICESCR Jangka Panjang Malaysia menyertai ICESCR iii. Orang awam dan Kerajaan menyedari ESCR sebagai hak asasi manusia dan isu domestik yang berkaitan. Jangka Panjang Perkadaran bilangan pegawai awam dan Kerajaan yang telah mengambil bahagian dalam acara SUHAKAM menyedari ESCR dan isu domestik yang berkaitan iv. Kerajaan merangka belanjawan dengan mengambil kira tanda aras hak asasi manusia Jangka Panjang Gambar oleh SYADAN BIN GINU Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan komuniti dan individu rentan mengalami situasi yang lebih buruk. Di Malaysia, antara kumpulan yang perlu diberi perhatian termasuklah orang asli, orang kurang upaya, wanita, kanak-kanak, pekerja migran dan pelarian. Perdana Menteri Malaysia acap kali menekankan bahawa tiada siapa yang akan dibiarkan ketinggalan semasa fasa pemulihan, dan kerajaan akan menangani ketakseimbangan pembangunan sosioekonomi dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas yang akan datang. Keutamaan Sejajar dengan hala tuju negara ketika ini untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial di Malaysia dalam menghadapi COVID-19, SUHAKAM akan berusaha ke arah memacu hak ekonomi, sosial dan kebudayaan golongan rentan di Malaysia. Bagi tujuan ini, SUHAKAM akan mengguna pakai strategi berikut untuk memacu ESCR komuniti rentan di Malaysia. Gambar oleh LIN JOE YIN Gambar oleh MUSLIANSHAH BIN MASRIE Kerajaan merangka belanjawan dengan mengambil kira tanda aras hak asasi manusia

اختر الفقرة المستهدفة3