6 7 Prakata Pelan Strategik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM atau Suruhanjaya) merangkumi tempoh 2021 – 2025. Pelan ini dibina berasaskan pelan strategik awal SUHAKAM yang telah dilaksanakan sejak 2012. Pada tahun 2014, SUHAKAM memakai tema “Pendidikan Hak Asasi Manusia (Diajar dan Diamalkan) di Semua Sekolah menjelang 2020” sebagai Bidang Tumpuan dalam usaha untuk membudayakan rasa hormat terhadap hak asasi manusia dari usia muda. Strategi antara bahagian dan aktiviti yang sepadan telah digariskan dan dilaksanakan untuk menjadikan pendidikan hak asasi manusia lebih menonjol di sekolah. Hasil kerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bilangan sekolah yang terlibat dalam Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di Sekolah, setakat hari ini, ialah 468 buah sekolah. SUHAKAM dan KPM juga telah membangunkan dan melancarkan dua modul latihan hak asasi manusia untuk murid Pasca UPSR dan PT3. Memikirkan keadaan pandemik Covid-19, SUHAKAM akan meningkatkan usahanya dalam menyahut keperluan hak asasi manusia di negara ini. Walaupun tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekang pandemik ini dan menyelamatkan nyawa tidak dapat dielakkan, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan fasa seterusnya yang berlarutan selama berbulan-bulan, memberi kesan negatif yang tidak diingini kepada semua orang di negara ini. Komuniti yang kurang bernasib baik dan rentan terjejas secara tidak sama rata khususnya orang asli, miskin bandar dan luar bandar, pelarian, pencari suaka dan pekerja migran. Kebanyakannya telah kehilangan sumber pendapatan, akses kepada pendidikan, makanan dan penjagaan kesihatan, atau terpaksa pula berhadapan dengan sikap xenofobia, tindakan penalti dan penahanan atas dakwaan melanggar peraturan PKP. Pelan Strategik ini akan menjadi panduan tugas SUHAKAM dari 2021 hingga 2025. 5 Bidang Keutamaan Strategik 1 Gambar oleh LEE SHING YAW Memperkukuh Peranan dan Kepimpinan SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Malaysia dan Badan Bebas untuk Perlindungan dan Pemerkasaan Hak Asasi Manusia di Malaysia 2 Memacu Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan Golongan Rentan di Malaysia 3 Memerangi Rasisme, Diskriminasi Kaum dan Xenofobia 4 Meningkatkan Realisasi Hak Kanak-kanak 5 Memperkukuh Keupayaan Organisasi Suruhanjaya dan Meningkatkan Modal Insan

اختر الفقرة المستهدفة3