32
33
Objektif Strategik 4: Meningkatkan
Realisasi Hak Kanak-kanak
Strategi: Menyokong penyertaan Malaysia dalam ICERD
Keterangan
Output
Rangka
Masa
Menyediakan dan menyerahkan
kertas
pendirian
SUHAKAM
kepada kerajaan, termasuk, tetapi
tidak
terhad
kepada
Jawatankuasa
Tetap
Antara
Agensi tentang ICERD, JPM,
MOFA
dan
AGC
berkaitan
manfaat menyertai ICERD
Jangka Pendek –
Jangka
Sederhana
Petunjuk
SUHAKAM menyerahkan kertas
kepada
agensi
pendiriannya
berkaitan
Bilangan
mesyuarat
dengan
jawatankuasa tetap antara agensi
meneliti
kebolehlaksanaan
penyertaan
Malaysia
dalam
ICERD
Strategi: Menyokong aduan dan mekanisme remedi yang boleh dipercayai
dan berkesan untuk mangsa diskriminasi kaum dan xenofobia
Output
i.
Memudahkan individu dan
kumpulan
mengemukakan
dakwaan tentang diskriminasi
kaum dan membuat aduan
Jangka Pendek
Perkadaran bilangan aduan
berkaitan
pelanggaran
diskriminasi kaum yang berjaya
diselesaikan
ii. Menyiasat dan menyelesaikan
aduan
tentang
amalan,
insiden dan kes diskriminasi
NB: Jangka Pendek: 2 tahun dan ke bawah
Jangka Sederhana: 3 hingga 4 tahun
Gambar oleh ZON HASHIM BIN ZAINAL ABIDIN
Jangka Panjang: 5 tahun
Meningkatkan realisasi hak kanak-kanak adalah penting.
Walaupun terdapat beberapa perkembangan untuk hak
kanak-kanak dalam undang-undang dan amalan, namun
pelanggaran hak kanak-kanak masih meluas di Malaysia.
OCC di SUHAKAM percaya bahawa pendekatan yang
lebih cekap untuk menambah baik hak kanak-kanak di
Malaysia adalah dengan mendukung empat (4) prinsip
panduan di bawah Konvensyen tentang Hak Kanak-kanak
(CRC)5, iaitu, layanan tanpa diskriminasi6, komitmen penuh
kepada kepentingan terbaik kanak-kanak7, hak untuk
kehidupan, kelangsungan hidup dan pembangunan8, dan
dan
menghormati
pandangan
kanak-kanak9,
menggunakannya sebagai objektif dan pendekatan
praktikal untuk mencapai objektif ini.
Di bawah Perkara 4210 CRC, Negara ahli hendaklah
bertanggungjawab meningkatkan realisasi hak kanakkanak di negara mereka. Berkenaan dengan Malaysia,
OCC, sebagai sebahagian daripada SUHAKAM sebuah
institusi hak asasi manusia kebangsaan bebas di negara
ini, hendaklah memainkan peranan dalam membantu
kerajaan menjalankan kewajipan tersebut.
Bagaimanapun, untuk menjadinya kenyataan, penting bagi
OCC untuk mempunyai pelan strategik. Oleh itu, Tabung
Bersatu
Kanak-kanak
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa
(UNICEF) Malaysia telah melantik pasukan perundingan
untuk
menyokong
OCC
dalam
mengukuhkan
keupayaannya untuk menggalakkan dan melindungi hak
kanak-kanak selaras dengan mandatnya di bawah Akta
SUHAKAM, iaitu perlindungan dan pemerkasaan hak
asasi manusia di Malaysia, dengan membangunkan pelan
strategik untuk OCC. Bagi tujuan ini, perunding akan
dibimbing oleh UNICEF, Institusi Hak Asasi Manusia
Kebangsaan (NHRI) Siri: Wahana untuk menyokong
amalan mesra kanak-kanak (2019).
5
Empat prinsip panduan ini telah dikenal pasti dalam garis panduan
Jawatankuasa CRC tentang laporan awal Negara ahli yang diterima pakai pada
1991 (CRC/C/5)
6
Perkara 2 CRC, perenggan pertama yang berbunyi: “Negara ahli hendaklah
menghormati dan memastikan hak yang dinyatakan dalam konvensyen ini
kepada setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpa diskriminasi
dalam apa-apa jua jenis, tanpa mengira ibu bapa atau penjaga yang sah bagi
kanak-kanak itu, bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, politik atau
pendapat lain, negara, etnik atau asal-usul sosial, kemiskinan, ketakupayaan,
kelahiran atau status lain.”
7
Perkara 3 (1) CRC yang menyatakan, “Dalam semua tindakan berkaitan kanakkanak sama ada dijalankan oleh institusi kebajikan sosial awam atau swasta,
mahkamah undang-undang, pihak berkuasa pentadbiran atau badan
perundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak itu hendaklah menjadi
pertimbangan utama"
8
Perkara 6 (2) CRC, yang menyatakan “Negara ahli hendaklah memastikan
kelangsungan hidup dan pembangunan kanak-kanak sehingga takat
semaksimum yang mungkin."
9
Perkara 12(1) CRC yang menyatakan bahawa “Negara ahli hendaklah memberi
jaminan kepada kanak-kanak yang mampu membentuk pandangannya sendiri,
hak untuk menyatakan pandangan tersebut dengan bebas dalam semua perkara
yang memberi kesan kepada mereka, pandangan kanak-kanak itu perlu diberi
pertimbangan yang sewajarnya mengikut umur dan kematangan mereka.”
10
Perkara 42 CRC: Negara ahli mengaku janji untuk menjadikan prinsip dan
peruntukan Konvensyen diketahui umum, dengan cara yang sesuai dan aktif,
kepada orang dewasa dan kanak-kanak sepertimana layanan Tanpa Diskriminasi
yang digariskan dalam Mukadimah Akta Kanak-kanak, dibaca bersama-sama
dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.