18
Konteks Strategik Kami
Hak asasi manusia terus menjadi isu berkepentingan
besar di Malaysia. Perbahasan menunjukkan wacana
tentang hak asasi manusia di negara ini semakin
menonjol
berbanding
ketika
SUHAKAM
mula
ditubuhkan. Perkara ini menandakan kesedaran yang
semakin tinggi dalam kalangan orang ramai tentang hak
asasi manusia. Selari dengan peningkatan ilmu,
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk
menggambarkan elemen hak asasi manusia dalam
undang-undang, dasar dan pelan pembangunan baharu
untuk negara. Sebagai contoh, Akta Perhimpunan
Aman 2012 diperkenalkan bagi membenarkan
demonstrasi aman di negara ini. Undang-undang dan
dasar dikaji semula secara beransur-ansur untuk
menunjukkan
komitmen
hak
asasi
manusia
antarabangsa CEDAW, CRC dan CRPD mengikut
acuan kebangsaan. Malaysia memperkenalkan Pelan
Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP)
sulungnya pada 2018.
Lebih banyak agensi penguatkuasaan serta universiti
telah menjemput dan bekerjasama dengan SUHAKAM
untuk menyampaikan ceramah dan memperkenalkan
kursus berkaitan hak asasi manusia. Melalui kerjasama
dengan Kementerian Pendidikan, SUHAKAM telah
berjaya memperkenalkan modul latihan hak asasi
manusia untuk sekolah. Sebagai langkah seterusnya,
SUHAKAM terus bekerjasama dengan Kementerian
Pendidikan untuk memperkenalkan kursus hak asasi
manusia di institut latihan guru.
Di samping perkara di atas, kami juga melihat isu hak
asasi manusia yang lebih kompleks dibangkitkan;
sebagai contoh, isu kehilangan orang secara paksa,
rasisme dan xenofobia semakin banyak dibincangkan
menuntut tindak balas kerajaan dan SUHAKAM. Oleh
itu, SUHAKAM sebagai satu-satunya institusi hak asasi
manusia kebangsaan, harus berupaya menangani isu
yang semakin meningkat dengan cekap dan berkesan
untuk memastikan Suruhanjaya ini terus dianggap
sebagai pemimpin dan pengantara utama dalam
memperjuangkan hak asasi manusia di negara ini.
Oleh itu, bidang keutamaan pertama dalam Pelan
Strategik semasa SUHAKAM akan memberi tumpuan
kepada pengukuhan peranan dan kepimpinan
SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia
Kebangsaan bebas di Malaysia untuk perlindungan dan
pemerkasaan hak asasi manusia di negara ini. Bagi
tujuan itu, strategi SUHAKAM akan merangkumi usaha
meningkatkan
keupayaan
Suruhanjaya
untuk
memastikan pelaksanaan peranannya yang berkesan
sebagai NHRI, terlibat secara strategik dengan semua
pihak berkepentingan dan rakan kongsi yang berkaitan,
dan terus memantau situasi hak asasi manusia umum
dan khusus di Malaysia.
19
Walaupun bidang keutamaan pertama dan kelima
memberi tumpuan kepada fungsi berkanun teras
SUHAKAM serta kapasiti dan keupayaan dalamannya,
tiga objektif strategik lain dikhususkan untuk (i) memacu
hak ekonomi, sosial dan kebudayaan (ESCR) golongan
rentan di Malaysia; (ii) memerangi rasisme, diskriminasi
kaum dan xenofobia, dan (iii) meningkatkan realisasi
hak kanak-kanak.
Prinsip hak asasi manusia tentang kesaksamaan
menekankan nilai sama rata setiap manusia dan tiada
sesiapa pun patut mempunyai peluang hidup yang
kurang kerana keturunan, bangsa, agama, jantina,
warna kulit, status kewangan dan latar belakang lain.
Prinsip ini adalah asas undang-undang hak asasi
manusia antarabangsa dan juga dijamin oleh
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Walaupun
dengan jaminan ini, terdapat individu dan kumpulan
yang tidak dapat menikmati hak asasi manusia
sepenuhnya dalam masyarakat. Keadaan rentan ini
biasanya disebabkan oleh diskriminasi, sama ada
secara langsung, tidak langsung atau berstruktur.1 Di
samping itu, terdapat peningkatan kesedaran bahawa
kemiskinan adalah punca utama kerentanan dan
pelanggaran hak asasi manusia.2 Akibatnya, salah satu
ciri pendekatan hak asasi manusia adalah perlindungan
hak komuniti rentan untuk memastikan mereka dapat
menikmati sekurang-kurangnya, standard minimum
kehidupan
bermaruah
yang
ditetapkan
dalam
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Oleh itu, Pelan Strategik 5 Tahun SUHAKAM (20212025) akan menumpukan objektif strategik keduanya
untuk menangani golongan rentan, khususnya hak
ekonomi, sosial dan kebudayaan mereka. Keputusan
untuk menangani ESCR dalam tempoh Pelan Strategik
tertentu ini adalah tepat pada masanya memandangkan
Malaysia sedang memulakan usahanya ke arah
pemulihan ekonomi dan sosial berikutan pandemik
COVID-19. Sepertimana keadaan di seluruh dunia,
ekonomi Malaysia terjejas teruk akibat pandemik
COVID-19 pada 2020. Di tengah-tengah krisis
kesihatan, ramai orang kehilangan pekerjaan dan punca
pendapatan mereka kerana ekonomi negara terpaksa
dihentikan seketika, pada masa yang sama PKP
terpaksa dikenakan untuk mengekang penularan virus.
Walaupun dengan bantuan kewangan yang besar
disediakan oleh kerajaan dalam bentuk pakej
rangsangan ekonomi termasuk Bantuan Prihatin
Nasional dan PENJANA untuk membantu industri agar
terus bertahan dan membolehkan mereka mengekalkan
pekerja masing-masing, menjelang pertengahan tahun,
banyak perniagaan seperti industri pelancongan,
peruncitan dan restoran terpaksa ditutup sepenuhnya
kerana kekurangan aliran tunai untuk terus beroperasi.
Akibatnya, populasi rentan di Malaysia akan terjejas
dengan lebih teruk, terutamanya mereka yang telah
jatuh ke dalam kumpulan pendapatan bawah 40%
(B40), atau lebih teruk, di bawah paras kemiskinan di
Malaysia. Seperti yang digambarkan semasa PKP,
kerajaan bertanggungjawab memastikan bantuan dan
kemudahan yang sewajarnya disampaikan kepada
mereka yang terjejas. Dalam konteks ini, SUHAKAM
akan berusaha memastikan perspektif hak asasi
manusia, khususnya ESCR diberi pertimbangan
sewajarnya
selaras
dengan
undang-undang
antarabangsa dan sesuai dengan komitmen hak asasi
manusia yang ditegaskan oleh Malaysia pada peringkat
antarabangsa. Secara khusus, kami akan berusaha
untuk memastikan bahawa mereka yang layak
disediakan dengan keperluan asas untuk kelangsungan
hidup dan kesejahteraan mereka berdasarkan
kesaksamaan dan tanpa diskriminasi, dan pada masa
yang sama, mereka boleh dan diberikan peluang yang
saksama untuk mengangkat diri mereka daripada
kerentanan sosioekonomi. Kami akan memberi
tumpuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai
dan membina keupayaan agensi berkaitan tentang
ESCR sebagai hak asas. Kami akan menggunakan
kemahiran penyelidikan dan penyiasatan kami untuk
memastikan realiti hidup golongan rentan, khususnya,
memberi pencerahan tentang penafian ESCR. Di
samping itu, bagi menyokong penyertaan Malaysia
dalam Perjanjian Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial
dan Kebudayaan (ICESCR), kami juga akan
bekerjasama erat dengan kerajaan dan memberi
nasihat dalam penggubalan dan kajian semula undangundang dan dasar berkaitan berpandukan pada
ICESCR dan sesuai dengan komitmen Malaysia
terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),
serta menerima cadangan berkaitan ESCR dalam
Semakan Berkala Sejagat (UPR).
1 Chapman, Audrey & Carbonetti, Benjamin. (2011). “Human Rights Protections for Vulnerable and Disadvantaged Groups: The Contributions of the UN Committee on Economic, Social and Cultural Rights. Human Rights
Quarterly”. 33. 682-732. 10.1353/hrq.2011.0033; Mirjana Najcevska, “Structural Discrimination -Definitions, Approaches and Trends” (OHCHR)
<https://www.ohchr.org/Documents/Issues/Racism/IWG/Session8/MirjanaNajcevska.doc.>
2
OHCHR,
“Human
Rights
Dimension
on
Poverty”,
<https://www.ohchr.org/EN/Issues/Poverty/DimensionOfPoverty/Pages/Index.aspx#:~:text=Poverty%20erodes%20or%20
nullifies%20economic,and%20the%20right%20to%20education.&text=It%20gives%20due%20attention%20to,human%20dignity%20that%20accompany%20poverty.>; Chapman, Audrey & Carbonetti,
Benjamin. (2011). “Human Rights Protections for Vulnerable and Disadvantaged Groups: The Contributions of the UN Committee on Economic, Social and Cultural Rights. Human Rights Quarterly”. 33. 682-732.
10.1353/hrq.2011.0033; Ontario Human Rights Commission, “Strategic Plan. Putting People and their Rights at the Centre. Building Human Rights Accountability 2017-2022”
<http://www.ohrc.on.ca/sites/default/files/Strategic%20Plan_2017-2022_accessible_EN.pdf>
Gambar oleh ZAWAWI BIN GENDOT
Bidang keutamaan ketiga SUHAKAM adalah untuk
menangani rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia
yang telah menyumbang kepada keadaan rentan dan
menjejaskan pencapaian Perlembagaan Persekutuan
Malaysia untuk menjamin kesaksamaan.
Rasisme di Malaysia, walaupun pada zahirnya tidak
kelihatan, tetap berterusan dan sangat kuat, yang
seterusnya, telah dibentuk dan dibenarkan oleh sistem
sosiopolitik lama yang mengakibatkan ketidaksamaan
akar umbi. Objektif Strategik ketiga SUHAKAM akan
menyaksikan usaha bersepadu oleh SUHAKAM untuk
memerangi rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia.
Walaupun
usaha
untuk
membincangkan
dan
menangani isu ini kelihatan terus terhalang, sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat lonjakan
insiden yang didorong atau diburukkan lagi oleh
sentimen perkauman dan xenofobia. Pada bulan Ogos
2019, Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, yang kini Perdana Menteri Malaysia,
telah menyuarakan kebimbangan terhadap sentimen
yang semakin meningkat berkaitan kaum, antara lain, di
negara ini. Berdasarkan data polis, jumlah insiden yang
melibatkan isu ini telah meningkat dua kali ganda sejak
Januari tahun yang sama.3
3
Nurul Azwa Aris, “Don’t trigger issues on race, religion, royalty, Muhyiddin warns”
(FMT News, 24 Ogos 2019) <https://www.freemalaysiatoday.com/category/
nation/2019/08/24/dont-trigger-issues-on-race-religion-royalty-muhyiddinwarns/>