16
17
Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya
SUHAKAM akan terus menyokong penarikan balik pengecualian perjanjian di atas, serta penyertaan dalam baki 6
triti, iaitu:
Pesuruhjaya sebagai badan pentadbiran Suruhanjaya diberi kuasa untuk melaksanakan fungsi berkanun dan
menjalankan kuasa Suruhanjaya atas namanya, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Akta 597.
i. Konvensyen Antarabangsa tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD);
Menurut Akta tersebut, fungsi Suruhanjaya adalah:
i. untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia;
ii. untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara
pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil;
iii. untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat
cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; dan
iv. untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Mandat dan fungsinya disampaikan melalui pelbagai Bahagian dalam Suruhanjaya seperti yang diterangkan di
bawah:
MANDAT
BAHAGIAN
Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan
tentang hak asasi manusia
Bahagian Pendidikan dan Latihan
Menasihati dan membantu Kerajaan dalam
merumuskan perundangan dan arahan dan
tatacara pentadbiran
Bahagian Undang-undang dan Triti Antarabangsa
Mengesyorkan kepada Kerajaan tentang
penyertaan dalam surat cara hak asasi manusia
antarabangsa
Bahagian Undang-undang dan Triti Antarabangsa
Menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran
hak asasi manusia
Bahagian Aduan dan Pemantauan
Melawat tempat tahanan dan membuat syor
ii. Kovenan Antarabangsa tentang Hak Sivil dan Politik (ICCPR);
iii. Kovenan Antarabangsa tentang Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR);
iv. Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau
Menjatuhkan Maruah (UNCAT);
v. Konvensyen Antarabangsa tentang Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka (ICRMW);
vi. Konvensyen Antarabangsa berkenaan dengan Perlindungan Semua Orang daripada Kehilangan secara Paksa
(ICPPED).
Selain baki enam surat cara teras, Malaysia masih belum sepenuhnya menerima kepentingan menyertai Statut Rom
Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 dan Protokol Berkaitan Status
Pelarian 1967. Penyertaan dan penggunaan surat cara antarabangsa, dan pendomestikan surat cara hak asasi
manusia antarabangsa kepada undang-undang tempatan, memerlukan pindaan atau penggubalan undang-undang
kebangsaan yang baharu.
Bahagian Promosi dan Kemasyarakatan
Bahagian Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
Bahagian Aduan dan Pemantauan
Mengeluarkan kenyataan awam tentang hak asasi
manusia apabila perlu
Bahagian Penyelarasan Antarabangsa dan
Hubungan Media
Menjalankan apa-apa aktiviti lain yang bersesuaian
Bahagian yang berkaitan/bergantung pada
isu/aktiviti
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) telah ditubuhkan secara rasmi selaras dengan bidang tugas SUHAKAM,
pada Ogos 2019. Pesuruhjaya Kanak-kanak (CC) memberi tumpuan sebahagian besarnya kepada usaha
menyokong, menasihati, menggalakkan dan melindungi hak kanak-kanak di seluruh negara, seiring dengan mandat
teras operasi SUHAKAM.
Salah satu mandat SUHAKAM ialah mengesyorkan kepada Kerajaan tentang penyertaan dalam triti hak asasi
manusia antarabangsa. Daripada 9 triti hak asasi manusia antarabangsa, Malaysia setakat ini hanya menyertai tiga,
iaitu Konvensyen tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen tentang
Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen tentang Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). Dalam menyertai triti ini,
Kerajaan telah melaksanakan haknya untuk memasukkan ‘pengecualian’ pada perkara tertentu, dan protokol triti
tersebut.
Gambar oleh MUHAMMAD SAIFUL BIN MUCHSIN