Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Cik Michelle Gyles-McDonnough, Penyelaras Residen PBB di Malaysia, telah menyampaikan ucapan pembukaan manakala Dr Chandra Muzaffar, Presiden Pergerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), menjadi moderator bagi panel perbincangan ini. Lima ahli panel terdiri daripada Dato’ Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF); Tan Sri Dato’ Dr Michael Yeoh, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI); Datuk Dr Khaw Lake Tee, Naib-Pengerusi Suruhanjaya; Encik Daniel Lo Soo Jeng, Pegawai Khas Hak Asasi Manusia di Pejabat YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; dan Encik Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS. Ucapan penutup telah disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Hasmy Agam. Program ini telah menyediakan platform untuk membincangkan penerapan hak asasi manusia dalam agenda pembangunan nasional serta menegaskan bahawa hak asasi manusia dan pembangunan saling memperkukuh dan melengkapi antara satu sama lain. Ahli panel semasa Perbincangan SUHAKAMUNCT Menuju 2020: Hak Asasi Manusia dan Pembangunan’ 5. HAK ASASI MANUSIA DAN SENI Suruhanjaya menerokai pendekatan yang kreatif dalam mempromosikan hak asasi manusia melalui seni, dengan dua projek baharu. (a) Komik Hak Asasi Manusia Memandangkan populariti komik di kalangan kanak-kanak hari ini, Suruhanjaya berasa bahawa komik boleh menjadi satu medium yang menarik dalam membawa mesej hak asasi manusia di dalam dan di luar persekitaran sekolah. Ilustrasi kartun adalah berdasarkan kepada satu set cerita yang mengutarakan nilai hak asasi manusia yang berkaitan dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Komik dijangka akan diterbitkan pada tahun 2014. (b) Video Hak Asasi Manusia Suruhanjaya melantik Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi MARA untuk menghasilkan video tersebut. Ia akan digunakan sebagai kaedah tambahan dalam mempromosi nilai hak asasi manusia kepada masyarakat awam. Projek ini dijadualkan siap pada 2014. 36

اختر الفقرة المستهدفة3