Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam (ii) Anugerah Organisasi Komuniti Anugerah telah diberikan kepada Pusat Seri Mengasih untuk CWLD di Kota Kinabalu, Sabah, atas usaha dan kerja yang penting dalam menyediakan latihan dan program pendidikan. Cik Lee Fui Chin dan Datuk Mohd Safari Manan menerima Anugerah Organisasi Komuniti bagi pihak Pusat Seri Mengasih (iii) Anugerah Media Wartawan Astro Awani, Cik Tan Su Lin telah memenangi anugerah kategori Media Penyiaran manakala penolong editor The Star, Cik Shaila Koshy telah memenangi anugerah kategori Media Cetak. Cik Tan telah menerbitkan sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Perjuangan Hak Tanah Orang Asli’ yang memberi tumpuan ke atas hak tanah Orang Asal di Malaysia. Cik Shaila Koshy diiktiraf atas laporannya mengenai isu hak asasi manusia selama 24 tahun, secara khususnya yang berkaitan dengan Orang Asal. Cik Tan Su Lin menerima Anugerah Media (Kategori Media Penyiaran) bagi dokumentarinya mengenai hak tanah Orang Asal 34 Cik Shaila Koshy menerima Anugerah Media (Kategori Media Cetak) untuk liputan berkaitan isu hak asasi manusia

اختر الفقرة المستهدفة3