Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
(a) Pencalonan
Suruhanjaya menerima sebanyak 39 pencalonan bagi empat kategori utama iaitu:
•
Anugerah Individu, dianugerahkan kepada individu (berumur lebih daripada 21 tahun)
dan belia (berumur kurang daripada 21 tahun) yang telah menunjukkan pencapaian
cemerlang dalam memajukan hak asasi manusia dalam komuniti atas dasar bukan
untuk keuntungan;
•
Anugerah Organisasi/Kumpulan Komuniti, dianugerahkan kepada organisasi bukan
atas dasar keuntungan yang berdaftar atau kumpulan advokasi tidak berdaftar yang
telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam memajukan hak asasi manusia
dalam komuniti atas dasar bukan untuk keuntungan;
•
Anugerah Media, dianugerahkan kepada individu dan/atau agensi daripada media
cetak, atas talian dan penyiaran yang pernah menerbitkan atau mengeluarkan
laporan/dokumentari/rancangan hak asasi manusia yang penting dalam jangka
masa dua tahun yang lepas sehingga 31 Julai 2013; dan
•
Anugerah Khas, dianugerahkan kepada agensi Kerajaan, badan berkanun, GLC atau
entiti perniagaan persendirian yang telah menunjukkan amalan terbaik hak asasi
manusia dalam aspek polisi dan peraturan, norma dan standard serta penyampaian
perkhidmatan dan pelaksanaan aktiviti.
(b) Penerima Anugerah 2013
(i)
Anugerah Individu
Encik Andrew Khoo Chin Hock, seorang peguam, telah dipilih atas kerja beliau dalam
bidang hak asasi manusia, termasuklah advokasi untuk pembaharuan pilihan raya dan
pilihan raya kerajaan tempatan serta hak golongan rentan dan minoriti.
Puan Ivy Khoo menerima Anugerah Individu bagi pihak anaknya,
Encik Andrew Khoo Chin Hock
33