Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam (i) Sekolah Rendah: • SK Penderas, Pahang • SJK(T) Thiruvalluvar, Kedah • SJK(C) Chio Chiao, Selangor (ii) Sekolah Menengah: • SMK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur • SMK Munshi Abdullah, Melaka • SMK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur Suruhanjaya berbesar hati bahawa pertandingan tersebut telah menjadi satu medium yang berkesan dalam menerapkan nilai hak asasi manusia di kalangan pelajar. Suruhanjaya juga kagum dengan kebolehan pelajar dalam menyampaikan pemahaman mereka terhadap hak asasi manusia melalui karya seni yang kreatif. Beberapa penyertaan yang dipilih sebagai pemenang akan dimasukkan ke dalam sebuah booklet CRC versi ringkas. Ia akan diterbitkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil untuk tujuan pendidikan. Anggota Suruhanjaya bersama para pemenang Pertandingan Booklet Hak Asasi Manusia 3. ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2013 Majlis Anugerah telah diadakan pada 10 Disember sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Anugerah tersebut adalah bertujuan untuk memperakui dan memberi pengiktirafan kepada individu dan organisasi yang telah menyumbang ke arah mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. 32

اختر الفقرة المستهدفة3