Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam (d) Perkembangan NHRAP Seorang peserta memberi komen terhadap kelewatan pihak Kerajaan dalam membangunkan NHRAP dan menyeru Suruhanjaya memainkan peranan yang lebih proaktif untuk menggerakkan perkara ini. Suruhanjaya berjanji untuk bekerjasama secara erat dengan YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam perkara ini. (e) Lima Isu Tematik untuk Tahun 2013 dan Isu Penting Hak Asasi Manusia Lain Suruhanjaya ditanya sama ada ia hanya akan berfokus kepada lima isu tematik yang dikenal pasti dalam pelan strategi 2013 atau turut memberikan perhatian kepada isu penting lain yang melibatkan kebebasan bersuara dan kebebasan asas. Suruhanjaya memberikan penjelasan bahawa ia akan terus memantau semua isu yang berkaitan, khususnya cabaran yang dihadapi oleh para pembela hak asasi manusia. (f) Laporan NI Wakil daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membangkitkan persoalan mengenai tarikh pengumuman awam Laporan NI Suruhanjaya memandangkan ia akan menjadi satu dokumen rujukan yang penting dalam pembangunan polisi dan garis panduan pihak Kementerian. Suruhanjaya menjelaskan bahawa pada asalnya, ia merancang untuk menghantar laporan tersebut ke Parlimen pada awal tahun dengan harapan laporan tersebut akan diperbahaskan sepenuhnya, memandangkan kepentingan hasil dapatan dan syor-syor laporan tersebut terhadap kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asal. Walau bagaimanapun, PRU ke 13 yang telah diumumkan telah membawa kepada pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Oleh sebab itu, Suruhanjaya telah memutuskan untuk menangguhkan pengumuman laporan tersebut sehingga Parlimen, Kerajaan Persekutuan, DUN dan Kerajaan Negeri yang baharu telah dibentuk. 2. PERTANDINGAN BOOKLET HAK ASASI MANUSIA DI BAWAH PROGRAM ATHAM Suruhanjaya telah melancarkan pertandingan ini di lapan buah sekolah rendah dan sembilan buah sekolah menengah yang terlibat dalam program ATHAM. Objektif pertandingan tersebut adalah untuk menilai tahap pemahaman para pelajar tentang prinsip asas hak asasi manusia, dan juga untuk menerokai tahap kreativiti mereka dalam menterjemahkan nilai hak asasi manusia kepada booklet yang mesra kanak-kanak melalui kerja berkumpulan. Suruhanjaya telah menerima penyertaan daripada 26 buah kumpulan, yang mana terdapat beberapa buah sekolah yang menghantar penyertaan lebih daripada satu kumpulan. Proses penilaian adalah berdasarkan tiga kriteria utama iaitu kreativiti dan keunikan, tahap pemahaman tentang nilai hak asasi manusia dan semangat berpasukan. Hadiah telah disampaikan pada 13 September kepada tiga pemenang bagi setiap kategori: 31

اختر الفقرة المستهدفة3