Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Mengenai Hak Ke Atas Tanah Orang Asal/Asli Di Malaysia (NI). Suruhanjaya juga menjelaskan fokusnya terhadap lima isu tematik untuk tahun 2013 dan isu penting hak asasi manusia yang lain. (a) Pemerdagangan Orang Seorang peserta bertanya tentang status aduan yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya sejak tahun 2008 mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis dan Jabatan Imigresen dalam kes pemerdagangan orang. Suruhanjaya memberi jaminan bahawa semua aduan yang diterima akan diberi perhatian yang sama. (b) Undang-undang Penahanan Pencegahan Satu perbincangan yang menarik di antara Suruhanjaya dengan seorang wakil polis berkenaan sokongan beliau terhadap suatu cadangan untuk mengembalikan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) (EO) untuk mengawal kadar jenayah. Suruhanjaya mengulangi bantahannya terhadap cadangan tersebut kerana EO membenarkan penahanan tanpa bicara yang mana bercanggah dengan prinsip asas hak asasi manusia. Suruhanjaya menganggap sebarang bentuk pelaksanaan semula undang-undang tersebut adalah satu langkah mundur dalam rekod hak asasi manusia negara. Suruhanjaya juga menekankan keperluan untuk pihak polis mencontohi amalan terbaik pencegahan jenayah seperti diamalkan oleh Royal Canadian Mounted Police, Scotland Yard, Interpol, Jabatan Polis Los Angeles dan Polis Victoria. Suruhanjaya mengulangi seruannya kepada pihak Kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannnya dengan Akta Keharmonian Nasional. Suruhanjaya menyatakan harapannya agar Akta yang dicadangkan ini akan digubal selari dengan prinsip asas hak asasi manusia. Suruhanjaya mengulangi seruannya kepada pihak Kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional. Suruhanjaya menyatakan harapannya agar Akta dicadangkan ini akan digubal selari dengan prinsip asas hak asasi manusia. (c) Pelaksanaan CEDAW di Malaysia Suruhanjaya mempunyai kebimbangan yang sama terhadap isu yang dikemukakan oleh seorang peserta berkenaan perkembangan pihak Kerajaan dalam menghantar Laporan Negara Berkala ketiga dan keempat kepada Jawatankuasa CEDAW untuk semakan terhadap pelaksanaan Konvensyen tersebut di peringkat nasional. Dalam memberitahu bahawa ia belum menerima salinan Laporan Negara tersebut, Suruhanjaya juga memaklumkan bahawa ia sedang dalam proses menyediakan laporannya untuk dihantar kepada Jawatankuasa CEDAW dalam masa yang sewajarnya. Suruhanjaya juga menyedari keperluan untuknya memastikan pihak Kerajaan menghantar Laporan Berkala Negara tepat pada masanya. 30

اختر الفقرة المستهدفة3