Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam II. BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM Pendidikan mewujudkan kesedaran dan pemahaman tentang prinsip-prinsip sejagat dan norma hak asasi manusia serta membina sifat toleransi sifar terhadap sebarang jenis penindasan. Tan Sri Hasmy Agam Menyedari akan keperluan untuk menjadikan hak asasi manusia lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat melalui cara-cara yang lebih kreatif, Suruhanjaya telah memulakan dua projek baharu pada tahun ini – ‘Komik Hak Asasi Manusia’ dan ‘Video Hak Asasi Manusia’. Aktiviti yang lain termasuklah pengumuman awam Laporan Tahunan 2012 dan Pertandingan Booklet Hak Asasi Manusia 2013 di bawah program ATHAM. Majlis Anugerah Hak Asasi Manusia turut diadakan sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Satu perbincangan panel yang bertemakan ‘Menuju 2020: Hak Asasi Manusia dan Pembangunan’ telah dianjurkan bersama United Nations Country Team (UNCT). Suruhanjaya telah mengekalkan program kemasyarakatannya dan mengadakan perjumpaan bersama pegawai kanan Kerajaan. Suruhanjaya juga menerima lawatan daripada sekolah, universiti, Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (NHRI), NGO dan agensi PBB. Dalam berinteraksi dengan media, Suruhanjaya mengeluarkan kenyataan media (lihat Lampiran I) dan mengambil bahagian dalam sesi wawancara serta memberi maklum balas terhadap isu hak asasi manusia yang timbul. 1. PENGUMUMAN AWAM LAPORAN TAHUNAN 2012 Pada 9 Julai, Suruhanjaya telah mengadakan satu forum terbuka untuk mengutarakan isu dan syor utama yang terkandung dalam Laporan Tahunan Suruhanjaya 2012. Program tersebut dihadiri oleh 102 orang peserta daripada agensi Kerajaan, NGO, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan media. Perbincangan tersebut meliputi isu pemerdagangan orang, undang-undang penahanan pencegahan, pelaksanaan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP) dan Inkuiri Nasional 29

اختر الفقرة المستهدفة3