Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Tempatan. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada pegawai penguatkuasa mengenai hak asasi manusia semasa menjalankan tugas. Ceramah ini menekankan hak asasi pegawai penguatkuasa, hak OKU, kanak-kanak dan wanita. Suruhanjaya turut berkongsi aduan yang diterima bersama pihak berkuasa tempatan ke arah mencari jalan penyelesaian yang praktikal untuk menangani isu yang dibangkitkan seperti kekurangan kemudahan di tempat awam yang memenuhi keperluan OKU. 3. HAK WARGA EMAS Bahagian Pendidikan dan Promosi bekerjasama dengan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar untuk mengenalpasti isu hak asasi manusia yang menjejaskan warga emas. Persediaan awal adalah penting kerana Malaysia akan mencapai status ‘negara tua’ pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada jumlah penduduk. Pada 23 April, Suruhanjaya telah melawat tiga pusat di Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat mengenai kemudahan yang disediakan. Pusat tersebut adalah Rumah Seri Kenangan yang dikendalikan oleh Kerajaan; Pusat Jagaan Harian Warga Emas yang diuruskan oleh Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia di Cheras; dan pusat jagaan Lecadia Primacare Centre di Pudu, Kuala Lumpur. Bahagian Pendidikan dan Promosi telah merancang aktiviti dan kempen kesedaran bagi membolehkan lebih ramai masyarakat menghargai keperluan di samping memahami hak warga emas. 4. SUHAKAM BERSAMA MASYARAKAT Maklumat mengenai hak asasi manusia telah disebarluaskan di peringkat akar umbi melalui beberapa satu siri road show yang diadakan di Dewan Residensi Kangar, Perlis, Dewan Residen Kuala Lipis, Pahang, dan Majlis Daerah Gerik, Perak. Isu utama hak asasi manusia yang dibangkitkan semasa sesi soal jawab termasuk: • • • Kebebasan bersuara dan memberi pendapat melalui blog bagi penjawat awam; Isu berkaitan Undang-undang Syariah, termasuk cadangan mengenai penyeragamannya di semua negeri; dan Kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan. Berdasarkan sambutan yang diterima, Suruhanjaya berpendapat bahawa program ini menyediakan satu platform yang berkesan kepada masyarakat untuk berkongsi maklumat dan berbincang mengenai hak asasi manusia di peringkat masyarakat. 28

اختر الفقرة المستهدفة3