Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Guru-guru mengambil bahagian dalam aktiviti di bengkel hak asasi manusia Syor para peserta 1. Dalam peperiksaan umum seperti UPSR, standard yang berbeza perlu diguna pakai ke atas pelajar berkeperluan khas dengan mengambil kira tahap kemampuan mereka. 2. Kertas soalan peperiksaan bagi pelajar berkeperluan khas perlu ditanda dan dinilai oleh guru pendidikan khas kerana guru arus perdana tidak memahami cara pelajar ini menjawab soalan. 3. Memandangkan dasar pendidikan masa kini yang bermatlamatkan peperiksaan, latihan vokasional perlu diperluaskan kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan. 4. Guru Pendidikan Khas perlu dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi membolehkan mereka mengajar kemahiran vokasional serta memberi pengesahan kepada pelajar di bawah skim ini. Suruhanjaya akan mengetengahkan isu ini kepada pihak yang berkaitan untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang dapat memberikan manfaat kepada semua pihak, terutamanya pelajar. (f) Beban Kerja Guru Suruhanjaya sebelum ini telah menarik perhatian KPM mengenai keperluan untuk memasukkan pendidikan hak asasi manusia dalam sistem sekolah, memandangkan tahap kesedaran masih sangat rendah atau langsung tiada. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya sedar bahawa guru mempunyai bebanan kerja yang berat dan tidak bercadang untuk melaksanakan aktiviti kurikulum tambahan berkaitan hak asasi manusia. Suruhanjaya berharap agar dapat bekerjasama rapat dengan KPM untuk menerapkan hak asasi manusia dalam kurikulum bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar. 26

اختر الفقرة المستهدفة3